RM2000 Sumbangan Duit Tiket Ke Mesir

PULAU PINANG, 18 Februari 2011 Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersetuju memberi bantuan duit tiket untuk pulang ke Mesir bagi pelajar persendirian yang tidak mendapat mana-mana tajaan untuk pulang ke Mesir bagi menyambung pengajian di Mesir. Bantuan duit tiket tersebut berjumlah sebanyak dua ribu ringgit.

Menurut sumber, bantuan RM2000 yang diberikan hasil peruntukan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang dan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang yang masing-masingnya berjumlah sebanyak seribu.
Sehubungan itu, pihak Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir(BKPPPM) memohon kepada semua ahli supaya bertenang dan menunggu maklumat terkini daripada pihak BKPPPM dan kerajaan negeri berhubung tarikh pemberian bantuan tersebut.
Pihak BKPPPM juga menasihatkan kepada semua ahli bkpppm supaya memberi kerjasama yang terbaik dengan melaporkan diri kepada Setia Agong BKPPPM saudara zahid bin Ismail di talian 0194419029 ataupun terus menghubungi Pegawai Pendidikan Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Pulau Pinang Ustaz Redzwan Abdul Wahab 0125529880 bagi memudahkan urusan pemberian bantuan tersebut.

Comments

Sempoi said…
salam.. tarikh xtahu lagi ek..

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL