Kumpulan Pertama Selamat Tiba Di Tanah Air

Kuala Lumpur, 7 Februari - 50 pelajar Pulau Pinang selamat tiba di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) jam 10.15 pagi tadi. Menurut sumber, semua pelajar yang tiba pada pagi ini adalah kumpulan pertama yang berlepas dari Jeddah dengan menaiki penerbangan Air Asia X dan Malaysia Airlines ( MAS ) serta disambut meriah oleh delegasi kerajaan Malaysia yang diketuai oleh Perdana Menteri Dato` Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak beserta beberapa menteri kabinet, media, ibu bapa dan lain-lain agensi kerajaan dan NGO.


Semua pelajar yang tiba dari Jeddah tersebut kelihatan sangat gembira dan ada yang menangis kegembiraan kerana terselamat dari kekalutan politik dan rusuhan yang beraku di Kaherah dan seluruh Mesir.


Mereka juga mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia kerana prihatin dengan nasib pelajar Malaysia yang berada di Mesir dan sudi membawa keluar mereka tanpa mengira kos dan tenaga. Lafaz terima kasih juga ditujukan kepada syarikat Air asia, MAS, TUDM dan lain-lain agensi yang terlibat dalam menjayakan Ops piramid.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL