9 Pelajar Terakhir Selamat Dikeluarkan Dari Kaherah

Kaherah, 6 Februari - Baki sembilan pelajar Pulau Pinang yang berada di Kaherah selamat dikeluarkan dari Mesir dengan menaiki penerbangan Air Asia jam lima petang waktu tempatan.


Menurut sumber, penerbangan tersebut adalah penerbangan yang terakhir dari Kaherah dan penerbangan tersebut akan bertolak terus dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah ke Kuala Lumpur dan akan berhenti sebentar di Jeddah untuk mengisi minyak dan makanan.


Baki daripada 9 orang tersebut adalah terdiri daripada 7 orang Ahli Jawatankuasa Tadbir (AJKT) dan 2 orang bekas AJKT yang bertanggungjawab mengemas seluruh bangunan asrama Pulau Pinang dan sistem keselamatan di bangunan tersebut.


Jumlah keseluruhan pelajar Pulau Pinang yang berdaftar dibawah Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang (BKPPPM) untuk proses evakuasi ini sebanyak 89 orang.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963