Tahniah Kepada Duta Besar Malaysia Ke Kaherah



KAHERAH, 20 Januari - Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime dalam satu kenyataannya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Duta Besar Malaysia Ke Kaherah, Datuk Dr. Fakhrudin bin Abdul Mukti di atas penerimaan anugerah darjah dan bintang kebesaran pada hari Ahad yang lalu.

Katanya, majlis penerimaan anugerah tersebut diadakan bersempena dengan ulang tahun keputeraan Sultan Kedah ke-83, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.

Menurutnya lagi, seramai hampir 90 orang penerima anugerah yang hadir dalam majlis tersebut termasuklah Duta Besar Malaysia Ke Mesir. Di dalam majlis tersebut, beliau menerima anugerah Datuk Setia DiRaja Kedah (DSDK) yang membawa gelaran Datuk.

PMRAM juga turut berbangga dengan penganugerahan tersebut kerana beliau merupakan salah seorang daripada bekas mahasiswa yang pernah menuntut di Universiti Al-Azhar suatu ketika dahulu.

Selain itu katanya lagi, beliau merupakan salah seorang yang bergiat aktif dengan persatuan di samping mendapat keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Beliau pernah memegang jawatan Yang DiPertua Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK) suatu ketika dahulu.

"Sebagai mahasiswa-mahasiswi Islam yang menuntut ilmu di Timur Tengah, kita juga sebenarnya berpeluang untuk menjadi sepertimana Datuk Duta sekarang ini. Asalkan kita semua bersungguh-sungguh menuntut ilmu serta bergiat aktif dengan persatuan mahasiswa".

"Ketika pertemuan seluruh YDP BKAN bersama Datuk Duta pada 1 Disember yang lalu, beliau pernah memesan agar menjadikan persatuan sebagai medium untuk melatih bakat kepimpinan" ujar presiden ketika ditemui di pejabat PMRAM.

Sumber: http://pmram.org

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963