Russia akan melancarkan saluran Tv Muslim



Russia akan segera melancarkan sebuah saluran televisyen muslim dengan harapan saluran TV itu akan mendorong toleransi beberapa kaum setelah ibukota Rusia berlakunya pertengkaran terburuk sejak jatuhnya Kesatuan Soviet, media kerajaan melaporkan pada hari Selasa semalam(18 / 1).

Saluran TV muslim dicadangkan oleh Presiden Dmitry Medvedev dua tahun lalu, saluran TV satelit tersebut akan ke udara pada bulan Februari atau Mac di Russia, rumah bagi sekitar 20 juta Muslim.

"Kami percaya bahawa perlu untuk menumbuhkan semangat toleransi terhadap wakil-wakil dari agama lain," dikutip pusat berita Russia RIA atas kenyataan ketua Mufti Ravil Gaynutdin, menambah program televisyen muslim itu akan direka untuk penonton anak muda.


Pada bulan Disember tahun lalu, Moscow menjadi saksi rusuhan perkauman terburuk dalam sejarah pasca-Soviet, dengan polis tidak dapat menghentikan sekitar 7,000 pemuda yang berkumpul di dekat Kremlin dari memukul orang yang berpenampilan non-Slavia.

Dengan pengangguran yang tinggi dan perlawanan kumpulan Islam di Caucasus Utara, yang meliputi Chechnya, banyak dari mereka berhijrah dari daerah itu pergi ke jantung Rusia untuk mencari pekerjaan.

Ramai yang mengatakan mereka dilayan dengan penuh kecurigaan oleh etnik Russia dan sering menghadapi tindakan perkauman.

Saluran TV Muslim Russia ini akan bersaing dengan saluran TV Muslim Chechnya "PUT", yang bermaksud "Jalan" dalam bahasa Bahasa Rusia.

Dilancarkan tiga tahun yang lalu oleh negara dan disiarkan kepada ribuan warga di seluruh Caucasus Utara, saluran TV ini menghadirkan program anak-anak, Arahan bagi perempuan tentang bagaimana untuk menjaga rumah dan pembacaan Al-Quran sepanjang malam
.Sumber: http://www.map2care.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL