Rumah Mewah di Perancis dimiliki anak Ben Ali yang berusia 6 tahun?



Surat khabar "Le Figaro" Perancis melaporkan bahawa iseteri bekas Presiden Tunisia yang digulingkan, Leila Trabelsi telah membelikan anaknya yang masih berusia enam tahun beberapa perumahan mewah di Perancis dan didaftarkan atas nama anaknya.

Menurut surat kabar itu Leila Trabelsi pada September lalu telah berkunjung ke Perancis untuk pembelian sebuah rumah mewah di jalan "Foch", yang terletak di litar 16, untuk anaknya yang bernama Muhammad Zainal Abidin, diberi gelaran oleh media "Maharaja dari keluarga kecil."

Untuk memastikan masa depan anaknya tersebut, Leila juga membeli sebuah stadium sukan untuk musim sejuk. Selain itu Muhammad Zainal Abidin dibelikan dua villa mewah di kawasan pantai yang sangat berprestij, Cote d'Azur di kawasan-kawasan Perancis Selatan, yang merupakan salah satu daerah perlancongan yang paling berprestij di dunia.

Sebelum ini , surat khabar Le Monde melaporkan bahawa menurut laporan dari sumber perisikan Perancis menunjukkan bahawa Leila Trabelsi 'merompak' emas Tunisia seberat 1.5 tan sebelum melarikan diri bersama suaminya dari Tunisia pada tangga 14 Januari lalu.

Leila Trabelsi terkenal kerana telah mempunyai pengaruh yang besar dalam mengendalikan pemerintahan suaminya Ben Ali, bahkan perdana menteri Tunisia Muhammad Ghannouchi mengatakan bahawa sebenarnya yang berkuasa di Tunisia adalah Leila bukan Ben Ali.

sumber: http://map2care.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963