Muat Turun Senarai Kitab Cadangan Sempena Pameran Buku Antarabangsa



KAHERAH, 24 Jan - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir di bawah kendalian Markaz Pengumpulan Kajian dan Hasil Penyelidikan (MANHAL) mengeluarkan senarai kitab cadangan sebagai rujukan dalam pelbagai bidang kepada mahasiswa.

Senarai yang merangkumi kira-kira 20 bidang ilmu ini dibahagikan kepada 3 peringkat ; permulaan, pertengahan, dan pengkhususan.

Pengelasan kitab pula diletakkan mengikut tahap pembacaan berdasarkan 3 peringkat tadi.

Senarai yang dikeluarkan bersempena Pameran Buku Antarabangsa yang akan diadakan bermula 29 Januari hingga 8 Februari 2011.

Ia merupakan suatu usaha dalam memberikan suatu gambaran ringkas tentang sukatan yang sesuai kepada semua peringkat dalam mendapatkan bahan rujukan masing-masing.

Kepada sesiapa yang ingin mendapatkannya bolehlah memuat turun di ruangan "Muat Turun" di laman web rasmi PMRAM.
Sumber :http://pmram.org/

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL