Bekas Presiden Singapura,desak Umat Islam jangan terlalu taat beragama



Islam mempunyai syariat dan cara hidup sendiri,berlainan dengan cara hidup agama lain.bermulanya hidup sehinggalah mati,bermula dari keluarga sehingga tersebarnya ke dunia.Namun,ada golongan yang masih tak mahu menerima islam malah mendesak orang lain.

Memetik kata Pengasas awal
Singapura , Lee Kuan Yew mendesak umat Islam tempatan untuk jangan terlalu 'ketat' dalam mengamalkan ajaran Islam untuk membantu
sebahagian proses integrasi dan pembangunan bangsa di negara tersebut.

Singapura mempunyai penduduk yang didominasi oleh etnik Cina, dengan bangsa minoriti termasuk Melayu
Muslim dan India, dan Lee selalu menekankan pentingnya harmoni perkauman.

"Saya akan mengatakan hari ini, kita dapat mengintegrasikan semua agama dan bangsa kecuali Islam," katanya dalam acara pelancaran buku bertajuk "Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going," sebuah buku baru yang mengandungi pandangannya terhadap negara itu dan masa depan.

"Saya pikir kami berkembang sangat baik sampai gelombang Islam datang dan jika anda meminta saya untuk memberi pandangan saya, saya menyatakan masyarakat lain mempunyai integrasi lebih mudah - berteman, saling berkahwin dan seterusnya ..." kata beliau.

"Saya fikir Muslim yang bersosial tidak menyebabkan masalah, tetapi mereka berbeza dan berasingan," tambah Lee, menyeru masyarakat muslim untuk agar jangan terlalu taat dalam beragama.

Buku itu menggambarkan Singapura dalam sebagai "80 floor building on marshy land" kata Lee , dimana Singapura harus bersaing dengan lawan dari tetangga Muslim yang lebih besar.

sumber : http://map2care.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL