Ada kelab malam "jalan Mekah" di Jordan?




Sebuah stesen radio Muslim di Jordan, menekan kerajaan untuk menutup kelab malam yang terletak di dua jalan di ibukota yang diberi nama dua buah kota suci Islam, Makkah dan Madinah yang ada di Arab Saudi. Stesen radio mengatakan lokasi kelab malam tersebut sangat menyerlah.

Stesen radio Hayat FM mengatakan bahawa program acaranya hari Ahad semalam (23 / 1) sengaja dikhususkan untuk komentar agama dan undang-undang agama untuk membina sokongan awam dalam menutup kelab malam di wilayah barat kota Amman itu.

Stesen radio ini mengatakan , peguam juga melobi kerajaan untuk menutup apa yang mereka sebut "sarang keburukan," mengutip keluhan warga atas 'kebisingan dan perilaku yang tidak patut di jalan-jalan yang bernama tempat-tempat suci umat Islam tersebut.

Radio muslim tersebut menambah, bahawa kumpulan kesatuan jurutera terkemuka Jordan akan membuat protes pada hari Selasa akan datang dalam rangka mengecam kelab malam yang hadir di jalan Makkah.
sumber :http://map2care.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963