SARAYA AL-QUDS bedil tentera zionis

GAZA - Sayap tentera gerakan JIHAD ISLAMI, SARAYA AL-QUDS telah mengumumkan pejuangnya telah membedil perkumpulan tentera rejim zionis berhampiran pos tentera Kissufim yang terletak di timur laut Khan Yunus, selatan Semenanjung Gaza.

SARAYA dalam laporan yang disampaikan kepada agensi berita 'Safa' berkata, pada jam 8.55 malam[waktu Palestin], unit pertahanan SARAYA AL-QUDS telah berupaya melancarkan beberapa serangan peluru mortar ke arah sebuah perkumpulan tentera rejim zionis di tepi menara kawalan tentera Kissufim.

Tambah SARAYA lagi, sebaik sahaja serangan mortar gugur berdekatan tempat zionis berkumpul, tentera rejim terus berundur segera dari lokasi berkenaan.

Di akhir laporan, SARAYA AL-QUDS mengesahkan pihaknya berhak untuk menentang dan menghadang sebarang tentangan dari tentera rejim zionis terhadap penduduk Palestin. Sambil itu, SARAYA berjanji hanya memilih jalan jihad serta penentangan sehinggalah keseluruhan tanah-tanah Palestin yang dijajah dapat dibebaskan semula.

Serangan roket gugur

Sementara itu, radio rejim zionis melaporkan, dua serangan roket mortar telah gugur di kawasan majlis daerah Ushkul, barat Naqab(tanah jajahan 1948) tanpa mengakibatkan sebarang luka parah.

Sumber:http://map2street.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL