Sambutan Maal Hijrah 1432 H Membangkitkan Kecintaan Kepada Sejarah Islam






KAHERAH, 8 Dis - Sambutan Ma'al Hijrah 1432H anjuran PMRAM cawangan Pahang, Selangor, Kedah dan Terengganu dengan kerjasama Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) 2010 telah berlangsung dengan jayanya semalam.

Program yang berlangsung sekitar 4 jam 30 minit bermula pada pukul 4.30 petang dan selesai sekitar pukul 9 malam.

Sambutan Maal Hijrah kali ini telah mendapat sambutan yang cukup meriah daripada mahasiswa dan mahasiswi Pengajian Islam dan juga Perubatan dengan kehadiran mencecah hampir 800 orang meskipun berada dalam musim peperiksaan serta cuaca agak sejuk pada malam tersebut.

Kehadiran mahasiswa dan mahasiswi daripada muhafazah turut memeriahkan lagi sambutan Ma'al Hijrah pada kali ini.

Solat hajat perdana dan Forum Ma'al Hijrah yang bertajuk "Hijrah : Sejarah Permulaan Kebangkitan Ummah" yang telah disampaikan oleh Saudara Abdul Mui'zz bin Muhammad, Penasihat PMRAM dan juga Saudara Baharuddin bin Hussin, Pemangku YDP Kelantan serta dipengerusikan oleh Saudara Wan Khairuddin bin Wan Isa, AJKT PMRAM Cawangan Terengganu adalah antara agenda utama yang diketengahkan dalam program ini.

Pengarah program, Saudara Syeikh Muhd Mujahid bin Sikh Nawawi ketika ditemui berkata, untuk tahun ini kita mengadakan Sambutan Ma'al Hijrah secara gabungan 4 negeri dengan kerjasama PMRAM Pusat adalah antaranya untuk menghayati konsep taakhi yang telah diasaskan dan dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W melalui peristiwa bersejarah hijrah itu sendiri sekaligus menyatakan bahawa PMRAM sentiasa optimis untuk melaksanakan konsep kesatuan dan kebersamaan di peringkat cawangan dan ahli.

Menurut Timbalan Pengarah I pula, Saudara Solehuddin bin Mohd Safien, beliau menyifatkan Sambutan Ma'al Hijrah pada kali ini telah mengukir satu sejarah tersendiri bilamana Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah PMRAM yang julung-julung kali diadakan telah diperkenalkan pada kali ini dan telah dianugerahkan kepada Saudara Mohd Fairus bin Shuaib, mahasiswa daripada PMRAM Cawangan Tanta yang berasal daripada Kedah.

Program berakhir sekitar pukul 9.00 malam dengan gimik pelancaran Skuad Hisbah PMRAM dengan diiringi oleh pasukan Motor Berkuasa Tinggi.
Sumber:http://pmram.org/

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963