PMRAM Membuka Pengajian Tafaqquh Fiddin Khusus Untuk Pelajar Baru Markaz Bahasa


KAHERAH, 14 Dis. - Badan Pengetahuan dan Penyelidikan dengan kerjasama Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM menganjurkan kelas pengajian khusus kepada pelajar Markaz Bahasa sesi 2010/2011.

Kelas yang diadakan 2 kali seminggu ini menggunakan kitab Al-Muqaddimah Al-Hadramiah (Fiqh Syafie), dan kitab At-Tuhfah As-Saniah (Nahu).

Pengajian akan dimulakan pada 14 Disember 2010 (Selasa) dengan pembacaan kitab Al-Muqaddimah Al-Hadramiah oleh saudara Abdul Halim Ahmad, dan diteruskan dengan kitab At-Tuhfah As-Saniah oleh saudara Muhammad Hanif Jamaluddin pada hari berikutnya (Rabu).

Pengajian yang akan dijalankan secara mingguan ini akan diadakan di Rumah Terengganu pada hari Selasa dan Rumah Wilayah pada hari Rabu dengan kitab pengajian dijual di tempat-tempat berkenaan.

Kepada Unit Pendidikan dan Pengetahuan BKAN masing-masing bolehlah memantau kehadiran pelajar-pelajar ini ke kelas yang telah disediakan.

Semoga ilmu yang akan diperolehi ini akan menjadi suatu nilai tambah kepada mereka di Perlembahan Nil ini.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL