Permohonan Jamiyah Syariah Sesi 1432 Hijrah Dibuka


KAHERAH, 11 Dis - Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) hari ini terus menabur bakti menyalurkan kebajikan kepada Mahasiswa Malaysia di Mesir. Hasil kerjasama yang telah dibuat bersama NGO Mesir Jamiyah Syariah sejak beberapa tahun ini diteruskan lagi pada sesi 1432 Hijri ini.

Permohonan bantuan boleh dibuat melalui AJKT Kebajikan PMRAM Cawangan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) masing-masing. Berikut merupakan syarat dan terma-terma kelayakan menerima bantuan Jamiyah Syariah;

- Satu Salinan Muka Depan Pasport
- Tasdiq Asal Kuliah (Pengesahan Kuliah)
- Satu salinan tasdiq
- Bantuan hanya layak bagi mahasiswa Universiti Al Azhar peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja. Maahad Qiraat, Maahad Buuth Islamiah Azhar, Perubatan Azhar, Pergigian Azhar dan Ulum Islamiyah Azhar tidak terlibat dalam penerima.
- Bantuan ini untuk Mahasiswa Al Azhar Kaherah sahaja.

Sila ambil borang permohonan melalui AJKT Kebajikan PMRAM Cawangan BKAN masing-masing. Borang permohonan yang lengkap terus dihantar kepada AJKT kebajikan Cawangan sebelum 23 Disember 2010.

Permohonan-permohonan ini belum pasti akan lulus kerana ianya bergantung kepada proses pengurusan dari pihak jamiyah Syariah untuk kelulusan.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963