Perkasakan Liqo Amali - Jabatan Fasilitator

KAHERAH, 9 Disember 2010 – Jabatan Fasilitator Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) menyeru ahli BKPPPM terutamanya ahli yang berada di asrama Bkan Pulau pinang supaya menjayakan muzakarah berkelompok yang telah disusun mengikut manhaj di musim peperiksaan iaitu muzakarah berkelompok yang berbentuk liqo` amali.

Liqo` amali yang disusun ini mestilah dijalankan supaya agenda tarbiyah diperingkat ahli, fasilitator dan barisan kepimpinan terus berjalan dan diperkasakan dan tidak menjadikan kesibukan dalam menghadapi peperiksaan sebagai alasan untuk culas daripada hadir ke muzakarah berkelompok.

Disamping itu juga, saudara Azwan Bin Azman yang memangku tugas Jabatan Fasilitator juga merangkap biro dakwah juga mengingatkan supaya kita sebagai mahasiswa sentiasa meningkat tarbiah ruhiyyah bagi menghadapi imtihan yang bakal kunjung tiba.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL