Pembentangan Tesis Master Al-Azhar Oleh Mohamad Zulkifli Abdul Ghani

Pembentangan Tesis Master : Ayuh berikan sokongan

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) hari ini mempelawa seluruh mahasiswa dan mahasiswi Malaysia Mesir untuk menghadiri munaqashah tesis master salah seorang mahasiswa Malaysia yang akan berlangsung seperti mana berikut :

Tarikh : 28 Disember 2010
Hari : Selasa
Masa : 11.30 pagi
Tempat : Dewan Sheikh Abdul Halim Mahmud, Kuliah Usuluddin, Universiti Al-Azhar, Hussin

Tesis master tersebut akan dibentangkan oleh Saudara Mohamad Zulkifli Bin Abdul Ghani, mahasiswa dari negeri Kelantan Darul Naim yang bertajuk " الدعاة الماليزيون من الأزهريين ودوره فى نشر الإسلام والرد على خصوم الدعوة " bersesuaian dengan Jabatan Dakwah yang diambilnya.

Justeru, PMRAM mengharapkan seluruh mahasiswa-mahasiswi Malaysia mengambil peluang sempena cuti perkuliahan ini untuk menghadiri munaqashah tersebut dan memberi sokongan dan suntikan semangat kepada mahasiswa kita.

Sumber:http://pmram.org


Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963