Pejuang cedera dalam pertempuran

GAZA - Pertempuran bersenjata meletus antara pejuang Palestin dengan tentera zionis.

Demikian itu, kumpulan pejuang Palestin, ALWIYAH NASEER SALAHUDDIN(sayap tentera LIJAN MUQAWAMAH SHA'BIAH) mengumumkan pihaknya telah bertempur dengan unit khas tentera rejim zionis yang cuba melepasi masuk dari arah timur bandar Der Balah, pertengahan Semenanjung Gaza.

ALWIYAH dalam laporan yang disampaikan kepada agensi 'Safa' hari ini berkata, pada malam lepas, sebuah unit pejuangnya telah menghadang unit khas tentera zionis di timur Der Balah, lantas mengakibatkan meletusnya pertempuran bersenjata. Jelas ALWIYAH, pertempuran dengan menggunakan senjata 'pertengahan' itu memaksa tentera zionis berundur dari lokasi yang cuba diceroboh.

Bagaimanapun, sumber dari ALWIYAH berkata, seorang dari pejuangnya mengalami kecederaan di kaki dalam pertempuran itu.

zionis tembak lagi pekerja Palestin

Sementara itu, laporan berita menyebut satu kejadian tembakan di sekitar perlintasan Bet Hanoun(sempadan Gaza-Erez) mengakibatkan seorang penduduk Palestin cedera di kaki.

Menukil petikan berita dari sumber Jurucakap Perkhidmatan Perubatan Tentera di Gaza, Adham Abu Salmiah menjelaskan mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital Kamal Udhwan. Keadaan mangsa disifatkan pertengahan.

Jelas Abu Salmiah lagi, sejak bulan Mac lalu, jumlah mangsa dikalangan penduduk Palestin Gaza yang menjadi mangsa tembakan rejim zionis ketika mengutip kepingan besi dan sisa runtuhan meningkat ke angka 90 mangsa yang cedera.

Sumber:http://map2street.blogspot.com/

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL