KPT Mesir Serah Laporan Salah Laku Pegawai Kepada TYT Duta






MOHANDISEEN, 1 Dis - Kunjungan hormat Yang Dipertua Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu Mesir (KPT), Saudara Mohd Riduan bin Abu Bakar ke Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) menggeratkan lagi hubungan antara KPT Mesir dengan pihak KBMK yang sudah sedia terjalin selama ini.

Perjumpaan tersebut yang diketuai oleh Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime turut dihadiri oleh semua YDP Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN).

Prof Madya Dr Fakhruddin bin Abdul Mukti Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir begitu berbesar hati menerima kunjungan rasmi dari pimpinan PMRAM dan YDP BKAN.

“PMRAM dan BKAN merupakan medan yang terbaik bagi mahasiswa-mahasiswi melatih bakat kepimpinan dan menimba pengalaman berpesatuan” ujar beliau yang juga merupakan mantan YDP Majlis Kebajikan Keluarga Kedah sekitar tahun 70an.

Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan dengan kebajikan mahasiswa, isu keselamatan, pendidikan dan permasalahan yang berlaku di setiap BKAN.

Pada akhir perjumpaan tersebut, YDP KPT Mesir Saudara Riduan bin Abu Bakar telah menyerahkan satu draft laporan berkenaan dengan sikap tidak profesional pegawai dan permasalahan yang berlaku dalam kalangan mahasiswa Terengganu kepada TYT Duta.

Pihak KPT Mesir mengucapkan ribuan terima kasih kepada Prof Madya Dr Fakhruddin bin Abdul Mukti yang sudi menerima kunjungan YDP BKAN. Ini membuktikan hubungan yang baik antara KPT Mesir dan pihak KBMK semakin kukuh.
Sumber:http://pmram.org/

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963