Kerjasama Erat Melancarkan Urusan Pengebumian


KAHERAH, 10 Dis - PMRAM mengucapkan sekalung penghargaan kepada ahli yang telah terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam menguruskan jenazah Almahumah Adik Sofiyatul Ulya.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Malaysia Haiyu asyir selepas selesai solat jenazah yang diimamkan sendiri oleh Tuan Presiden PMRAM Saudara Shahrizan Mohd Hazime dilakukan di dataran haiyu asyir.

Kelihatan kepimpinan Badan Pengurus dan Pimpinan PMRAM cawangan turut serta dalam urusan solat jenazah dan pengkebumian. Turut hadir juga Pegawai Kewangan Selangor Encik Daud mewakili pihak Pegawai Pelajar Selangor.

Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemanusiaan PMRAM Saudara Mohd Farkhan Md Zain ketika ditemui menyebut, kerjasama yang pantas dari pihak pimpinan PMRAM Cawangan Tanta menyelesaikan urusan di sana banyak membantu untuk mempercepatkan pengkebumian. Satu surat kebenaran dari Kementerian Kesihatan Mesir Cawangan Tanta diperlukan untuk keizinan pengkebumian dilakukan di Mesir.

Tambahan beliau, apabila kes kematian berlaku, proses yang perlu dijalankan agak rumit kerana status kita sebagai rakyat asing yang memerlukan beberapa prosedur yang melibatkan pihak berwajib Mesir.

Penghargaan juga ditujukan buat pihak PMRAM Cawangan Terengganu dan Selangor yang sudi menyediakan sarapan kepada pengiring jenazah dari Tanta.

Seluruh yang terlibat diucapkan jutaan penghargaan samada terlibat secara lansung atau tidak lansung. Semoga kerjasama ini diteruskan demi melancarkan segala gerak kerja Islam kita sebagai Mahasiswa Islam.
Sumber:http://pmram.org/

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL