Jentera Fasilitator Pulau Pinang Diperkasa

KAHERAH, 3 November : Jabatan Fasilitator peringkat Bkan Pulau Pinang telah menganjurkan satu pengisian kepada barisan fasilitator yang terdiri daripada ikhwah dan akhawat bertempat di dewan Soleh Al-Masri . Pengisian tersebut disampaikan oleh ketua Jabatan Fasilitator PMRAM Ustaz Mujahid Bin Mohd Fadzil.

Tujuan pengisian ini diadakan adalah untuk memberikan kefahaman yang jitu dan jelas kepada barisan fasilitator mengenai hadaf dan tujuan muzakarah kelompok. Disamping itu juga, barisan fasilitator juga dihidangkan dengan manhaj dakwah yang sebenar mengikut acuan gerakan dakwah kontemperori yang syumul dan universal .

Diharapkan pengisian yang ringkas dan padat ini memberi kekuatan maksimum kepada seluruh barisan fasilitator dalam menjalani tugas sebagai murabbi dan pendakwah.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963