ABU ALI tembak tentera zionis
- Get link
- X
- Other Apps

GAZA,11 Disember - Sayap tentera kepada JABHAH SHA'BIAH LI TAHRIR FALESTIN, iaitu kumpulan pejuang ABU ALI MUSTAFA memaklumkan pihaknya telah menembak tepat ke atas seorang tentera zionis di barat laut Bet Lahiya, utara Semenanjung Gaza.
Peta: Semenanjung Gaza, klik untuk besarkan. Laporan asal.
ABU ALI dalam kenyataan rasminya yang disampaikan kepada pemberita 'Safa' berkata, seorang dari tentera rejim zionis telah ditembak dengan senapang penembak tepat di garisan sempadan. Jelas ABU ALI lagi, tembak tepat yang dilakukan ini sempena ulang tahun penubuhan JABHAH SHA'BIAH ke-43.

Gambar(safa): Pejuang-pejuang Palestin dari kumpulan bersenjata ABU ALI MUSTAFA ketika mempamerkan perbarisan sempena upacara rasmi.
ABU ALI MUSTAFA menyatakan tetap berpegang teguh dengan jalan penentangan serta menghadang tindakan penjajahan zionis. Tegas ABU ALI, operasi menembak tepat ini juga adalah serang balas sebagaimana biasa ke atas jenayah yang dilakukan rejim zionis secara terus-menerus terhadap penduduk Palestin.

Gambar(arkib safa): Sekumpulan penduduk Palestin yang bekerja mengutip kepingan besi dan sisa runtuhan. Laporan asal, klik di sini.
Lagi laporan pada waktu tengahari ini menghebahkan bahawa seorang penduduk Palestin yang bekerja mengutip kepingan besi di barat laut Bet Lahiya terkena tembakan zionis. Mangsa ketika itu sedang mengumpul kepingan besi bersama dengan puluhan penduduk Palestin yang lain.
Jurucakap Panitia Tertinggi Bantuan Kecemasan, Adham Abu Salmiah menjelaskan kejadian tersebut kepada agensi berita Safa, berkata, tentera-tentera rejim zionis melepaskan tembakan ke arah sekumpulan penduduk Palestin yang mengumpul kepingan besi, lalu seorang dari mereka tercedera di bahagian kakinya akibat terkena tembakan itu.
Dijelaskan, mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital Syahid Kamal Udhwan di Bet Lahiya untuk rawatan lanjut. Kecederaan yang dialaminya disifatkan pertengahan. Sumber 11/12/2010, web berita safa.ps
Label: Abu Ali Mustafa, bebaskan Gaza, Berita, Semenanjung Gaza, zionis kejam
Sumber:http://map2street.blogspot.com/
Sumber:http://map2street.blogspot.com/
- Get link
- X
- Other Apps
Comments