Zionis sasarkan tembakan ke rumah, nelayan Gaza

RAFAH - Kejadian yang berlaku pada awal pagi ini, beberapa buah jip tentera rejim zionis yang berada di pos kawalan Karem Abu Salem, timur Rafah telah melepaskan tembakan machine-gun ke arah beberapa buah rumah penduduk Palestin.

Saksi kejadian yang menyampaikan kepada pemberita 'Safa' menjelaskan bahawa tentera rejim zionis yang berada dalam jip-jip tentera jenis 'hummer' menembak secara rambang ke arah rumah-rumah penduduk dan tanah pertanian.

Mengulas kejadian tersebut, pemberita 'Safa' menjelaskan lagi tembakan itu berlanjutan lebih dari 30 minit. Sehingga itu, dapat dilihat kesan peluru-peluru yang melintangi dari ruang udara kawasan Ad-Dahiniah dan Lapangan Terbang Antarabangsa Gaza(telah hancur musnah) di timur Rafah, selatan Semenanjung Gaza.

Kejadian malam yang lalu, rejim zionis mengadakan tinjauan secara kerap dari beberapa kawasan di ruang udara selatan Semenanjung Gaza.

Nelayan Gaza terancam

Sementara itu, kejadian lain yang dilaporkan pagi ini di perairan laut, pertengahan Gaza bahawa bot-bot laju zionis telah melepaskan tembakan dari senjata beratnya ke arah beberapa buah bot nelayan Palestin.

Jelas 'Safa', '..dalam jarak yang dekat, bot-bot laju tentera rejim zionis menembak ke arah bot-bot nelayan. Sekaligus mendorong sebahagian dari nelayan beredar meninggalkan kawasan terbabit dan sebahagian yang lain berlayar ke kawasan yang lebih aman untuk meneruskan aktiviti penangkapan ikan.'

Tiada yang cedera

Dua kejadian yang dilaporkan, sehingga kini, agensi berita 'Safa' menyebut tidak ada sebarang laporan mengenai mangsa dari kalangan penduduk Palestin mengalami kecederaan. Sumber 01/11/2010, web berita safa.ps

Baca lagi:

1. Pesawat pengintip gugur, jentolak zionis terbalik
2. Bot laju zionis hala tembakan ke arah nelayan Gaza

Dipetik dari : PMRAM Map 2 Street

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL