LIQO’ FUAD HEWI BKPPPM 2010



KAHERAH,12 November - Liqo’ Fuad Hewi telah dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Soleh Al-Masri,Ia dipengerusikan oleh Ust. Mastura Muhammad selaku Naib Pengerusi Hewi BKPPPM .
Bermula jam 9.45 pagi, alunan ayat suci Al-Quran oleh saudari Intan Syahirah diperdengarkan daripada surah Al-Qiyamah,seterusnya huraian ayat oleh saudari siti Nadrah zulkifli dirungkaikan. Agenda utama perbincangan berkisar tentang etika peraturan Asrama BKPPPM dan perbincangan masalah-masalah di sebelah Hewi.
Seramai 32 orang ahli telah hadir dalam Liqo’ tersebut dan beberapa persepakatan telah dipersetujui sebagai resolusi. Bacaan ikrar oleh Saudari Nurul Asilah Mohd Faudzi bersama ahli Hewi membuktikan kebersamaan dalam semua perkara bagi menjaga keharmonian BKAN Pulau Pinang.
Liqo’ Fuad di teruskan pula dengan pembahagian penempatan ahli hewi oleh Saudari Hidayah selaku Unit perumahan dan disusuli dengan kalam Taujihat oleh Yang Dipertua BKPPPM. Liqo’ ini berakhir pada jam 1.30 petang dengan diiringi salam ukhuwah bersama semua ahli Hewi.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963