Israel tangkap ahli parlimen HAMAS

Awal pagi tadi, sepasukan unit tentera rejim penjajah(zionis) telah menangkap seorang ahli parlimen selaku setiausaha sulit Majlis Legislatif Palestin, Mahmoud Ar-Ramhi yang juga merupakan anggota gerakan HAMAS(حركة المقاومة الإسلامية). Beliau ditangkap ketikamana operasi tentera rejim merempuh rumahnya di bandar Ramallah.

Gambar(al-jazeerah): Mahmoud Ar-Ramhi.

Jelas dari seorang ahli parlimen Legislatif Palestin, Muna Mansour juga dari gerakan HAMAS, beliau(Ar-Ramhi, 48) telah menghubunginya sebaik sahaja rumah Ar-Ramhi dirempuh masuk tentera rejim. Ketika itu, beliau memaklumkan bahwa telah ditangkap rejim zionis. Beberapa detik selepas itu, panggilan dari Ar-Ramhi terputus dan tidak diketahui lokasi Ar-Ramhi di bawa pergi.

Muna menyatakan ketika ditemubual pemberita Al-Jazeerah bahawa rejim zionis menangkap Ar-Ramhi buat kali kali kedua semenjak beliau dipilih menjadi ahli parlimen Legislatif Palestin.

Pada kali pertama penangkapan, Ar-Ramhi ditangkap bersama lebih dari 50 ahli parlimen dan timbalan menteri ekoran operasi pejuang Palestin yang menawan seorang tentera rejim penjajah, Gilad Shalit di Gaza. Sehingga kini, beberapa orang lagi dari ahli parlimen legislatif Palestin masih meringkuk dalam tahanan rejim.

Sumber 10/11/10, web berita Al-Jazeerah.net

Dipetik dari : PMRAM - Map 2 Street

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL