Ibadah Korban Peringkat BKPPPM Meriah



KAHERAH, 16 November – Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir BKPPPM menempa satu lagi sejarah apabila mengorbankan 2 ekor unta sempena dengan sambutan Aidil Adha 1431H peringkat Bkan Pulau Pinang.

Alhamdulillah pada tahun ini kita dapat juga menganjurkan ibadah korban hasil kerjasama semua ahli BKPPPM terutamanya peserta korban pada tahun ini yang terdiri daripada pelajar kuliah, pelajar perubatan dan orang Malaysia. Dengan kekuatan yang ada, Alhamdulillah, kita dapat menyembelih dua ekor unta, tiga ekor khoruf dan seekor kambing kacang.

Aktiviti korban ini bermula sekitar jam 9 pagi apabila semua orang selesai melaksanakan solat sunat hari raya Aidil Adha dan berakhir sekitar Maghrib apabila proses pembahagian daging selesai.

BKPPPM mengharapkan mudah-mudahan ibadah korban ini dapat mengingatkan kita akan pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan semoga penghayatan ini diterjemahkan dalam kehidupan seharian agar mendapat redha daripada Allah SWT.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL