IBADAH HAJI: SEJARAH DAN HIKMAH

Ibadah Haji merupakan kewajipan yang mesti dilaksanakan bagi umat islam yang mampu dan merupakan salah satu daripada rukun Islam.Terdapat perselisihan mengenai tahun pensyariatan Haji. Ada pendapat yang mengatakan pada tahun 5 Hijrah.Pendapat ini disokong oleh Imam Ar-Rafi’e.Namun, pendapat yang masyhur adalah pada tahun 6 Hijrah.

Segala ibadah yang diperintahkan oleh Allah, pastinya mempunyai hikmah dan rahsia terselindung.Rasulullah SAW yang diutuskan kepada umat manusia sebagai penyebar agama islam dan juga sebagai pembimbing umat ke jalan yang benar. Umum mengetahui, bahawa Rasulullah SAW diutuskan kepada bangsa Arab dalam keadaan mereka hidup saling bermusuhan, hasad dengki dan penuh dengan kegelapan.

Ibadah Haji yang disyariatkan oleh Allah SWT juga sebagai satu wasilah berhimpunnya umat manusia dari pelbagai latar belakang dan warna kulit.Bahkan Ibadah Haji juga mampu membentuk akhlak dan peribadi yang mulia.Para jemaah Haji pastinya amat mengharapkan agar Haji mereka diterima oleh Allah dan sentiasa mengenangkan kesalahan serta kesilapan yang lalu agar semuanya diampunkan.

“HAJI” AGAMA YANG TERDAHULU

Umat manusia yang terdahulu juga mempunyai pengumpulan yang tersendiri di tempat-tempat yang tertentu yang dianggap suci dan dihormati mengikut fahaman agama masing-masing.Masyarakat mesir lama menjadikan tempat ibadah mereka (ايزير) dibandar (صا), dan (فتاح) di bandar . منفيس
Hari-hari haji bagi mereka merupakan hari yang paling menggembirakan. Mereka berdoa dengan penuh pengharapan mempercayai bahawa sekiranya terdapat kelahiran pada hari tersebut maka bayi tersebut dianggap sebagai bakal menjadi pemimpin agama yang hebat.

Manakala masyarakat Yunani pula menunaikan “Haji” di tempat ibadah mereka ديانا)) di Bandar أفسوس
Mereka berterusan menunaikan “Haji” di tempat tersebut sehingga kurun kedua sebelum Masihi.Puak Nasara pula menjadikan Baitul Maqdis sebagai tempat menunaikan Haji semenjak tahun 306 selepas masihi.

KELEBIHAN BAITUL HARAM

Baitul Haram mempunyai kedudukan yang mulia dan agung di sisi Islam kerana merupakan rumah pertama yang dibina untuk manusia dan tempat seluruh manusia berkumpul bagi menzaherkan syiar agama Islam, mengesakan Allah SWT dan mengucapkan puji-pujian kepadaNya.

PENGHORMATAN TERHADAP KAABAH SEBELUM ISLAM

Kaabah sebelum Islam dihormati dan diagungkan oleh semua lapisan masyarakat dari pelbagai latar belakang agama dan tempat. Penganut agama hindu mempercayai bahawa roh شبوة salah satu daripada tuhan mereka menjelma menjadi Hajar Aswad ketika dia datang menziarahi isterinya di Bandar Hijaz.

Manakala الصابءة menganggap bahawa Kaabah adalah sebuah rumah yang suci dan merupakan salah satu daripada 7 buah rumah yang dihormati oleh mereka.Sebahagian Negara-negara timur masih menganuti mahab ini sehingga sekarang.

Puak Parsi pula menghormati Kaabah dengan setinggi-tinggi penghormatan .Mereka mempercayai bahawa roh Hurmuz berada di dalam Kaabah dan mereke menunaikan Haji di Kaabah sejak sekian lama sebelum kedatangan Islam.

Penghormatan demi penghormatan diberikan kepada Kaabah oleh umat-umat terdahulu dalam pelbagai cara dan budaya mengikut fahaman dan agama masing-masing. Ketika peristiwa pembukaan Kota Makkah Nabi Muhammad SAW mengajarkan kepada umat manusia seluruhnya penghormatan yang terbaik dan sepatutnya diberikan kepada Kaabah. Baginda SAW menghancurkan kesesatan-kesesatan yang dibawa oleh umat-umat terdahulu. Baginda menyucikan Kaabah dan kawasan sekitarnya daripada patung-patung berhala yang dianggap sebagai tuhan oleh masyarakat Jahiliyyah.

HIKMAH IBADAH HAJI DI KAABAH DAN KOTA MEKKAH

Sesungguhnya umat Islam apabila mereka menunaikan Haji di tempat tersebut pastinya mereka akan mengingati Ayahanda mereka Saiduna Nabi Ibrahin AS kerana Baginda yang membina Baitul Haram. Tempat tersebut merupakan tempat asal kediaman Nabi SAW dan tempat lahir Baginda SAW.Sebagai tempat yang suci dan munculnya agama Islam yang mulia.

Maksud Firman Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat ke 37 :
“ Ya Allah, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanam-tanaman di rumah engkau (Baitullah) yang dihormati, Ya Allah (yang demikian itu) agar mereka melaksanakan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan , mudah-mudahan mereka bersyukur”.

Tempat yang suci daripada golongan bukan islam seperti sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud “Tidak akan berhimpun 2 agama di semenanjung tanah arab”.


Disediakan oleh :
Muhammad Firdaus Bin Aznan
Felo MANHAL PMRAM

Ruj: Hikmat At-Tasyri’ Wa Falsafatuhu
Syeikh Ali Ahmad Al-Jarjawi

Muhadharat fi Fiqh Al-Ibadat ‘ala Mazhab Al-Imam As- Syafie
Lajnah Asatizah Qism Fiqh


Dipetik dari : MANHAL PMRAM

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL