Helikopter, kereta kebal zionis serang sebuah rumah

KHAN-YUNUS, - Sebuah rumah yang terletak di kawasan Al-Farahain, Abbasan Jadid, timur Khan Yunus menjadi sasaran serangan helikopter dan kereta kebal rejim zionis tengahari tadi.

Saksi kejadian menjelaskan kepada pemberita 'Safa' bahawa helikopter zionis membedil sebuah rumah dengan 3 peluru misil dan tembakan machine-gun. Seiring tembakan helikopter, kereta kebal zionis yang berpengkalan di garisan sempadan turut melepaskan beberapa tembakan ke arah rumah berkenaan.

Jurucakap Perkhidmatan Perubatan Ketenteraan, Adham Abu Salmiah menyatakan, ekoran serangan yang amat dahsyat, kereta ambulan mendapati kesukaran tiba ke rumah yang dibom.

Pemberita agensi 'Safa' berkata, rumah yang menjadi sasaran serangan itu telah ditinggalkan. Sebelum ini, rumah tersebut telah diserang sebanyak 2 kali. Ketika serangan tengahari tadi, tentera rejim zionis juga melepaskan tembakan ke arah kereta ambulan yang berusaha untuk tiba di lokasi berkenaan.

Sebaik sahaja helikopter zionis beredar dari ruang udara, kereta ambulan yang berusaha mendekati rumah terbabit dapat tiba ke situ. Jelas sumber lagi, tiada sebarang kecederaan dan luka parah dalam serangan rejim zionis.

Sumber lain, berita Al-Jazeerah yang melaporkan berita yang sama menyatakan adanya mangsa yang tercedera dalam serangan zionis.

Sumber 11/11/2010, web berita safa.ps dan berita Al-Jazeerah

Dipetik dari : PMRAM - Map 2 Street

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

AMALAN DUNIAWI VS AMALAN UKHRAWI

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden