BKPPPM menerima seorang lagi putera


ISKANDARIAH, 5 November - BKPPPM menerima seorang lagi ahli keluarga baru hasil perkahwinan Ustaz Mohd Hafiz B. Omar dan Noor Asyila Bt. Abu Bakar . Bayi sulung lelaki yang diberi nama Ahmad Iqbal ini dilahirkan pada hari Isnin, 1 November 2010 kira-kira jam 12.30 tengah malam .

Anak beliau yang berat hanya 1.5kg kini ditahan di hospital untuk dipantau kesihatannya. Ini kerana bayi yang dilahirkan ini, lahir lebih awal dari tarikh jangkaan iaitu hujung bulan Disember atau awal bulan Januari 2011 . Anggaraan kos bayi yang ditempatkan di hospital dijangka hampir mencecah LE4000 sejak dilahirkan.

Pihak BKPPPM dan Taakhi Zon B iaitu Kelantan, Wilayah Persekutuan, Shoubra dan Iskandariah telah berbincang untuk melancarkan kutipan derma kilat bagi membantu meringankan beban keluarga Ust. Hafiz dan Isteri. Pihak BKPPPM berharap agar Ustaz Hafiz dan isteri sabar dan tabah dalam menerima dugaan ini.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL