Ahlan Wasahlan Kepada TYT Duta Besar Malaysia Ke Kaherah


KAHERAH, 1 November - Badan Kebajikan Pelajar Pulau Piang Mesir (BKPPPM) mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada TYT Duta Malaysia Ke Mesir, Professor Madya Dr. Fakhruddin yang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah pada 30 oktober yang lepas. Ucapan “Ahlan Wasahlan” diucapkan kepada TYT DUTA Malaysia.

Kedatangan TYT amatlah dialu-alukan oleh semua pelajar yang berada di Mesir samada pelajar pengajian Islam mahupun pelajar perubatan .Untuk pengetahuan anda sekalian, Professor Madya Dr. Fakhruddin merupakan Duta Malaysia ke Mesir yang baru, menggantikan TYT Duta Dato' Zainal Abidin Abd. Kadir.

Beliau yang mendapat mandat dan perkenan daripada Tuanku Yang Dipertuan Agong akan berkhidmat sebagai Duta Malaysia ke Mesir bermula tahun ini. Pihak Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM), dengan kehadiran TYT Duta yang baru dapat mempertingkatkan hubungan baik antara BAKAN dan pihak kedutaan dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan urusan pendidikan dan kebajikan kepada semua pelajar Malaysia yang menuntut ilmu di sini. .

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963