(2) SIRI PENGENALAN PARA IMAM QURRA' : IMAM IBN KATHIR AL MAKKI

NAMA : Abdullah bin Kathir bin Amru bin Abdullah bin Zaadan bin Fairuz bin Hurmuz.

GELARAN : Abu Ma’bad dan digelar juga Ad Daarimi nisbah kepada Bani Abd Daar.Sebahagian memanggil beliau dengan panggilan Ad Daari kerana peniaga minyak wangi.Bangsa arab menamakan peniaga minyak wangi demikian kerana merujuk kepada Daarain (dua rumah) tempat sumber minyak wangi tersebut yang terletak di Bahrain.

KELAHIRAN : Lahir di Mekah Al Mukarramah tahun 45 H.

SIFAT BELIAU :

Bertubuh tinggi lampai dan mempunyai kulit berwarna kuning, langsat,berbulu mata lentik serta rambut dan janggut berwarna putih.Kadang-kadang mengenakan inai pada janggutnya.Seorang imam yang di hormati adalah seorang yang amat fasih ucapan dan lancar dalam menyampai sesuatu perkara. Amat tenang dalam tindakan dan mententeramkan jiwa orang yang memandangnya.


RIWAYAT HIDUP :

Imam Ibn Kathir RA merupakan seorang tabiin yang mulia,pernah bertemu muka dengan ramai para sahabat RA di negeri Mekah antaranya Abdullah bin Zubair, Abu Ayyub al Ansori, Anas bin Malik , Mujahid bin Jabar dan Dirbas hamba Abdullah bin Abbas .Beliau menerima bacaan Al Quran daripada Abi As Saib bin Abdullah bin As Saib al Makhzumi, Abi al Hajjaj Mujahid bin Jabar al Makki dan Dirbas hamba Abdullah bin Abbas.Beliau kemudiannya menjadi hakim penduduk Mekah dan ikutan masyarakat dalam bacaan al Quran sehingga dinisbahkan bacaan tersebut kepada beliau.

MURID-MURID BELIAU :
1. Ismail bin Abdullah al Qusth
2. Ismail bin Muslim
3. Hammad bin Salamah
4. Al Khalil bin Ahmad
5. Sulaiman bin Al Mughirah
6. Syibli bin A’bbad
7. Abdul Malik bin Juraij
8. Ibn Abi Malikah
9. Sufian bin Uyainah
10. Abu Amru bin Al A’laa
11. Isa bin Umar
12. Imam As Syafie
Imam Syafie telah meriwayatkan bacaan al Quran dengan sanad beliau dan memujinya dengan berkata : Bacaan kami ialah bacaan daripada Imam Ibn Kathir dan kami mendapati penduduk Mekah membacanya”.
Diriwayatkan daripada al Asmu’ie bahawa dia telah bertanya kepada Imam Abu Amru apakah beliau membaca dengan gurunya Imam Ibn Khathir lalu jawab beliau : “ Ya , aku telah khatam dengan guruku itu selepas aku selesai membaca dengan guruku Mujahid,akan tetapi guruku Ibn Kathir lebih hebat seni Bahasa Arab daripada Mujahid”.

KEWAFATAN
Imam Ibn Kathir wafat pada tahun 120H ketika berusia 75 tahun di bumi barakah Mekah al Mukarramah selepas diriwayatkan pulang dari negeri Iraq setelah beberapa lama bermukim di sana.Beliau memegang jawatan ketua ulama qurra selama masih hidup tanpa ada seorang pun mengatasinya sehingga dijemput Allah SWT.Meninggalkan dua orang perawi yang masyhur Imam Bazzi dan Qunbul.
Disediakan oleh :
Mohd Asyraf Tajuddin
Felo MANHAL PMRAM


Dipetik Dari : MANHAL PMRAM

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL