114 Mangsa Gunung Merapi, 96 Orang Dirawat Di RS Sardjito


Yogyakarta 11 Nov 2010 – Sehingga hari ini, seramai 114 mangsa yang terkorban dan 96 orang masih menjalani rawatan telah dilaporkan, dalam bencana letusan Gunung Merapi di RS Sardjito.

“Laporan mangsa yang terkorban akibat letusan Gunung Merapi, yang cedera parah mahupun tidak, mencecah seramai 114 orang,” kata Ketua Humas RS Sarditjo, Trisno Heru Nugroho, di pejabatnya, Jalan Kesehatan, Sleman, Yogyakarta hari ini.

Beliau berkata lagi, 8 orang mangsa baru adalah lelaki yang tidak diketahui identiti sebenar telah dijumpai di Umbulharjo dan seorang wanita bernama Robinah telah dijumpai di Glagaharjo.

5 mangsa yang lain sebelum diberi rawatan di tempat pelindungan iaitu Muhammad ikram (25) dari Ngalik Sleman, Parjiyem (60) dari Umbulharjo Sleman, dan Supartimen (55) dari Argomulyo, Cangkringan, Sleman. Manakala tiga diantaranya hanya mengalami luka parah dan seorang daripadanya telah meninggal dunia akibat sakit kronis, Ponijo. Ahmad Yani patah tulang belakang.

Menurut Trisno, 96 mangsa Gunung Merapi yang lain sedang menjalani rawatan di hospital yang telah disediakan. Secara terperincinya, seramai 22 orang cedera parah dan 74 orang orang hanya mengalami cedera ringan.

“Sehingga ke hari ini, jenazah ditempatkan di ruang forensic Parjiyem, Supartinem,” kata beliau.

Trisno telah berkata, empat orang jenazah masih tidak diketahui tempatnya untuk dimaqamkan kerana mereka masih menunggu keputusan dari mahkamah Sleman. Sementara itu, jenazah yang berbaki telah pun dituntut oleh keluarga masing-masing.

Dipetik Dari : PMRAM - We Care ISLAM

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963