Majlis Tahnik Muhammad Al-Fatih




KAHERAH, 25 Oktober
- Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir BKPPPM telah dianugerahkan seorang anak saudara yang baru hasil perkahwinan antara Ustaz Sazali Bin Rasyid dan Ustazah Nurul Zaffan Bin Ayob. Anak yang diberi nama Muhammad Al-Fatih Bin Sazali selamat dilahirkan pada pagi 21 Oktober 2010 hari Khamis.

Alhamdulillah, dengan berkat doa dan pertolongan Allah, semuanya berjalan dengan lancar serta selamat. Pada jam 12.15 tengah hari tanggal 25 oktober 2010, telah diadakan satu acara tahnik oleh Syeikh Hasan Bin Hasan Rejab yang merupakan seorang tenaga pengajar di Maahad Qiraat Syubra. Acara tahnik yang dilakukan oleh syeikh tersebut dijalankan di dewan Soleh Al-Masri dan disaksikan oleh ahli BKPPPM yang tinggal di Kaherah.

Selepas majlis tahnik tersebut, Syeikh Hasan mengalunkan sedikit ayat Al-Quran dan member i tazkirah kepada pelajar yang hadir. Majlis tersebut diakhiri dengan bacaan doa oleh Syiekh Hassan Bin Hasan Rejab. BKPPPM mendoakan keselamatan dan kesihatan kepada adik Muhammad Al-Fatih Bin Sazali dan mengaharapkan semoga kehadiran adik Al-Fatih menyerikan lagi rumah Pulau Pinang.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL