Mahasiswa/wi baru Selamat Menduduki Imtihan Qabul


KAHERAH,10 Oktober-Mahasiswa dan mahasiswi baru Pulau Pinang yang dijadual menduduki Imtihan Qabul pada 9 dan10 Oktober 2010 selamat menduduki peperiksaan tersebut. Semua mahasiswa /wi yang berjumlah 32 orang diiringi oleh exco BKPPPM ke dewan peperiksaan bertempat di Al-Azhar Hayyu Sadis. Alhamdulillah, tiada masalah yang timbul kepada mahasiswa Pulau Pinang sepanjang peperiksaan berlangsung sama ada dari sudut nama dan kehadiran.

Sebelum Imtiham Qabul berlangsung, mahasiswa dan mahasiswi yang terlibat dengan imtihan qabul ini telah diberi pendedahan dan persedian yang baik selama dua minggu. Kelas tambahan dan study group yang dianjurkan oleh biru dan unit pendidikan mendapat sambutan yang baik dari mahasiwa/wi.

Pihak BKPPPM mengharapkan segala usaha gigih, penat lelah dan pengorbanan dari mahasiswa/wi sepanjang dua minggu tersebut menatijahkan kejayaan kepada semua mahasiswa yang mengambil peperikasaan tersebut.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963