Mahasiswa Berhimpun Memperingati Sejarah Tak Bai





Sumber dari : We Care ISLAM

Patani, 25 Okt 2010 - Perhimpunan Mahasiswa Secara Aman sempena memperingati 6 Tahun Tragedi Tak Bai telah di adakan di University Songkhla Wilayah Patani. Sekitar 200 orang mahasiswa berkumpul di hadapan bangunan universiti sambil membentangkan beberapa kertas dan kain putih. Antara mini sepanduk yang dibuat tertera ayat “ no Air to Breath at Tak Bai ” , ” I See Dead People at Tak Bai ” sebagai tanda protes mereka terhadap peristiwa tersebut. Mereka juga diseragamkan dengan pakaian yang bewarna putih sambil memegang belon serta menutup mulut bagi menyokong memperingati tragedi pahit itu. Perhimpunan yang berlansung dalam keadaan aman tanpa diganggu oleh pihak universiti tersebut.








Perhimpunan tersebut yang dijalankan semata-mata untuk membina sensitiviti umat Islam terhadap peristiwa tersebut dan melahirkan rasa kekesalan mahasiswa terhadap peristiwa berdarah yang telah berlaku 6 tahun dahulu. Ianya perlu dijalankan agar ianya tidak pernah dilupakan sebagai sejarah pahit umat Islam di Selatan Thailand yang terus bergolak hingga ke hari ini. Isu pergolakan Selatan Thailand ini diisytiharkan sebahagian pandangan pemerhati sebagai Isu Palestin Asia Tenggara masa kini. Jika kita mempunyai sensitiviti terhadap umat Islam Palestin begitu juga sewajarnya berlaku perasaan tersebut pada isu ummah di Selatan Thailand dan rantau ummah yang lain.








Mahasiswi dan anak kecil turut tidak ketinggalan dalam menyatakan rasa kekesalan mereka terhadap isu ummah ini.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963