Hari kiamat merupakan rukun iman kelima yang mana pasti akan terjadi dan wajib dipercayai oleh kita sebagai umat islam. Akan tetapi, tidak ada satu makhluk pun yang mengetahui bila peristiwa ini berlaku. Namun, Allah S.W.T telah mengkhabarkan kepada kita tentang tanda-tanda kedatangannya melalui utusanNya. Salah satu daripadanya mengenai dua penyakit akhir zaman yang mana menimpa umat Islam pada masa kini. Penyakit ini lebih berbahaya dari penyakit lain kerana penyakit ini akan membawa penderitaan kepada kita di dunia mahupun akhirat. Dalam sebuah hadis, dari Tsauban r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda bahawa “Begitu hampir waktunya orang-orang kafir saling menyeru untuk menyerang kamu semua dari segala penjuru sebagaimana orang-orang lapar mengerumuni dulang berisi makanan.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah pada ketika itu bilangan kami sedikit?” Nabi menjawab, “Tidak, sebaliknya pada ketika...
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الانبياء والمرسلين وعلى آله واصحابه ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين ، أما بعد Firman Allah SWT : وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُّبِينٍ "Tidak ada satu makhluk melata pun yang bergerak di atas bumi ini yang tidak dijamin ALLAH rezekinya." (Surah Hud : 6). Banyak teka-teki yang tanpa sedar bermain dan timbul di fikiran kita tentang rezeki setiap dari kita antaranya; kenapa kita tidak sekaya dia sedangkan kita lagi rajin beribadah? Kenapa dia lagi pandai dari kita? Kenapa dia ala tul dalam imtihan? Kenapa dia sekian-sekian... Sebagai hamba Allah yang beriman, tidak wajar bagi kita berfikiran sebegitu kerana setiap dari kita ada rezeki dan bahagian masing-masing. Rata-rata kita ada yang salah faham bahawa rezeki ini hanyalah kep...
Mengenal Peristiwa-peristiwa Penting Dalam Sejarah di Bulan Muharram. Kita sebagai umat agama Islam sepatutnya mengetahui peristiwa-peristiwa besar yang terjadi dalam 12 bulan Islam atau disebut kalender Hijriyah. Sebelum itu mari kita mengenali bagaimana sejarah kalender Hijriyah dicipta. Kalender Hijriyah bermula sejak tahun 682 Masihi. Kalender itu terbentuk setelah Amirul Mukminin Umar bin Khathab RA mengalami sebuah masalah, yaitu masalah administrasi, yang diadukan oleh sahabat Abu Musa Al-Asy’ari ra, yang ketika itu menjabat sebagai gubenor di kota Bashrah, kerana masalah membezakan tahun di surat-surat yang dikirim oleh Amirul Mukminin untuknya. Maka dikumpulkanlah para pembesar sahabat Nabi SAW sekaligus penasihat-penasihat Amirul Mukminin, berunding untuk menetapkan bilakah sepatutnya dimulakan kalender tahun dalam Islam. Sebahagian sahabat mengusulkan agar ditetapkannya awal tahun Islam adalah tahun diutuskan Rasulul...
Comments