Keberkatan : Cara Mendapatkannya (Siri 1)

Keberkatan : Cara Mendapatkannya (Siri 1)


Dipetik dari : MANHAL PMRAM

Kita sering mendengar istilah berkat yang digunakan meluas dalam masyarakat. Namun, ia bukanlah sesuatu yang dapat dilihat dengan mata kepala tetapi mampu dirasai kesannya dengan sebab kita melakukan perkara-perkara kebaikan. Perkataan (berkat) ini pula boleh membawa 2 maksud iaitu :

• Tetap dan berterusan
• Berkembang dan bertambah

Dari sudut maknanya, ia boleh dinisbahkan kepada kedua-dua takrifan walaupun terdapat sedikit perbezaan dari sudut kefahaman. Sehinggakan di dalam Al-Quran sendiri disebutkan perkataan berkat ini sebanyak 34 kali dalam 32 ayat.

Cara mendapatkan keberkatan

1. Jujur dalam perniagaan

Islam tidak menghalang umatnya melakukan urusan perniagaan asalkan tidak bertentangan dengan syariat serta tidak memberikan mudharat kepada kedua-dua pihak penjual dan pembeli. Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran :
وأحل الله البيع وحرم الربا

Maksudnya : Dan Allah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba.(Surah Al-Baqarah ayat 275)



Sabda Nabi S.A.W. di dalam hadisnya yang berbunyi :
حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ صَالِحٍ أَبِي الْخَلِيلِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْحَارِثِ رَفَعَهُ إِلَى حَكِيمِ بْنِ حِزَامٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْبَيِّعَانِ بِالْخِيَارِ مَا لَمْ يَتَفَرَّقَا أَوْ قَالَ حَتَّى يَتَفَرَّقَا فَإِنْ صَدَقَا وَبَيَّنَا بُورِكَ لَهُمَا فِي بَيْعِهِمَا وَإِنْ كَتَمَا وَكَذَبَا مُحِقَتْ بَرَكَةُ بَيْعِهِمَا

Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Harb telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Qatadah dari Shalih Abu AL Khalil dari 'Abdullah bin Al Harits yang dinisbatkannya kepada Hakim bin Hizam radliallahu 'anhu berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Dua orang yang melakukan jual beli boleh melakukan khiyar (pilihan untuk melangsungkan atau membatalkan jual beli) selama keduanya belum berpisah", Atau sabda Beliau: "hingga keduanya berpisah. Jika keduanya jujur dan menampakkan dagangannya maka keduanya diberkahi dalam jual belinya dan bila menyembunyikan dan berdusta maka akan dimusnahkan keberkahan jual belinya". (Sohih Bukhari – hadis 1937)
فَإِنْ صَدَقَا وَبَيَّنَا
Iaitu apabila kedua penjual dan peniaga jujur dalam urusan mereka, serta menjelaskan tentang barangan yang diniagakan samada elok atau terdapat kecacatan, nilai dan harga barangan, dan sebagainya.
بُورِكَ لَهُمَا فِي بَيْعِهِمَا
Iaitu bertambahlah manfaat dalam urusan mereka serta mendatangkan berkat disebabkan sikap baik yang ditunjukkan dalam perniagaan yang dijalankan.

Selain itu, akibat jika kita mengabaikan arahan ini juga boleh dilihat dalam hadis yang sama. Bukan sahaja akibat yang buruk akan diperolehi semasa di dunia tetapi balasan yang lebih dahsyat akan menimpa di kehidupan akhirat. Sabda Nabi S.A.W :
مُحِقَتْ بَرَكَةُ بَيْعِهِمَا
Iaitu mendatangkan keburukan dan kekurangan serta tiada keberkatan padanya. Dikatakan juga tidak akan meninggalkan kesan baik akibat tidak jujur dalam urusan perniagaan. Walhal, seorang peniaga yang jujur akan mendapatkan keberkatan daripada urusannya iaitu pertambahan dan berkembangnya perniagaan yang dijalankan.

Konsep yang disebutkan dalam hadis ini tidak hanya dikhususkan kepada aspek urusan jual beli yang berlaku namun skopnya lebih meluas daripada itu seperti dalam urusan komunikasi, perbuatan manusia dan sebagainya. Kefahamannya apabila kita mengikut saranan agama dalam melakukan sesuatu perkara maka ia boleh menjadi sebab kepada turunnya keberkatan dan sebaliknya.

2. Banyak Beristighfar

Istighfar ialah kita memohon kepada Allah S.W.T agar dosa-dosa kita diampunkan. Hal ini kerana setiap hamba tidak akan terlepas daripada melakukan salah dan silap. Apabila diri kita bersih daripada dosa, maka Allah S.W.T akan lebih dekat kepada kita dan sentiasa menolong hambanya. Inilah keberkatan yang bakal diperolehi bagi mereka yang sentiasa memohon pengampunan kepada Tuhan sekalia alam. Sabda Nabi S.A.W. :
حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ حَدَّثَنَا الْحَكَمُ بْنُ مُصْعَبٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَلِيِّ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ حَدَّثَهُ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّهُ حَدَّثَهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

Maksudnya : Telah menceritakan dari Kami Hisyam bin 'Ammar, telah menceritakan kepada Kami Al Walid bin Muslim, telah menceritakan kepada Kami Al Hakam bin Mush'ab, telah menceritakan kepada Kami Muhammad bin Ali bin Abdullah bin Abbas dari ayahnya bahwa ia bercerita kepadanya, dari Ibnu Abbas bahwa ia bercerita kepadanya, ia berkata; Rasulullah shallAllahu wa'alaihi wa sallam bersabda: "Barang siapa yang senantiasa beristighfar, maka Allah pasti akan selalu memberikannya jalan keluar dari setiap kesempitan dan kelapangan dari segala kegundahan serta Allah akan memberikan rizki kepadanya dari arah yang tidak ia sangka-sangka." (Sunan Abi Daud – hadis 1297, Sunan Ibn Majah – hadis 3809)

Nabi S.A.W. mengajar umatnya supaya memperbanyakkan istighfar walaupun baginda sendiri terpelihara daripada melakukan dosa. Sikap ini harus disahut tambahan pula manusia mudah lalai dan lupa dalam mengerjakan suruhan dan meninggalkan larangan.
Imam Hasan Al-Basri pernah menyebutkan : (Perbanyakkanlah istighfar di dalam rumah-rumah kamu, ketika menjamu hidangan, ketika berjalan, di kawasan pasar, di dalam majlis-majlis, dan di mana sahaja kamu berada. Sesungguhnya kamu tidak mengetahui bilakah pengampunan itu diturunkan).

Jelas kepada kita bahawa istighfar dan tidak berterusan melakukan maksiat akan mendatangkan keberkatan. Ketahuilah bahawa Allah S.W.T Maha Pengampun lagi Maha Menerima Taubat.

3. Menjaga Silaturrahim

Islam mengajar kepada umatnya agar sentiasa menjaga hubungan sesama makhluk lebih-lebih lagi dengan kerabat mereka. Firman Allah S.W.T. :
وآت ذا القربى حقه والمسكين وابن السبيل

Maksudnya : Dan berikanlah kepada kaum kerabat hak-hak mereka, begitu juga kepada orang-orang miskin dan Ibn Sabil. (Surah Al-Isra' ayat 26)

Sabda Nabi S.A.W. :

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدٍ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الْمُبَارَكِ عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ عِيسَى الثَّقَفِيِّ عَنْ يَزِيدَ مَوْلَى الْمُنْبَعِثِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَعَلَّمُوا مِنْ أَنْسَابِكُمْ مَا تَصِلُونَ بِهِ أَرْحَامَكُمْ فَإِنَّ صِلَةَ الرَّحِمِ مَحَبَّةٌ فِي الْأَهْلِ مَثْرَاةٌ فِي الْمَالِ مَنْسَأَةٌ فِي الْأَثَرِ
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ مِنْ هَذَا الْوَجْهِ وَمَعْنَى قَوْلِهِ مَنْسَأَةٌ فِي الْأَثَرِ يَعْنِي بِهِ الزِّيَادَةَ فِي الْعُمُرِ
Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Muhammad, telah mengabarkan kepada kami Abdullah bin Mubarak dari Abdul Malik bin Isa Ats Tsaqafi dari Yazid Maula Al Munba'itsi dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Belajarlah dari nasab kalian yang dapat membantu untuk silaturrahmi karena silaturrahmi itu dapat membawa kecintaan dalam keluarga dan memperbanyak harta, serta dapat memperpanjang umur." Abu Isa berkata: Ini merupakan hadits gharib melalui jalur ini. (Jami' At-Tirmizi – hadis 1902)

Maksud pertambahan umur seperti yang dijelaskan di dalam hadis membawa dua maksud :

1. Pertambahan ini adalah kiasan kepada keberkatan umur iaitu dia akan diberikan petunjuk dalam melakukan perkara kebaikan di dalam hayatnya apabila seseorang tersebut menjaga silaturrahim.

2. Pertambahan itu membawa maksud sebenar iaitu dengan dinisbahkan kepada tugasan malaikat yang diutuskan oleh Allah S.W.T untuk mencabut nyawa manusia. Gambaran ini dapat dilihat apabila Allah S.W.T. memberitahu kepada malaikatnya bahawa umur seseorang itu adalah 80 tahun jika dia menghubungkan silaturrahim dan 60 tahun jika memutuskannya. Tetapi apa yang perlu diingat di sini bahawa ilmu Allah S.W.T tidak akan berubah dan Dia Maha Mengetahui akan ajal manusia serta jangka hidupnya sejak azali lagi. Cuma perubahan umur (pertambahan dan penguruangan) ini dilihat kepada tugasan para malaikat yang mencabut nyawa manusia.

Sabda Nabi S.A.W. :

حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَمُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ وَاللَّفْظُ لِابْنِ الْمُثَنَّى قَالَا حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ سَمِعْتُ الْعَلَاءَ بْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ يُحَدِّثُ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَجُلًا قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ لِي قَرَابَةً أَصِلُهُمْ وَيَقْطَعُونِي وَأُحْسِنُ إِلَيْهِمْ وَيُسِيئُونَ إِلَيَّ وَأَحْلُمُ عَنْهُمْ وَيَجْهَلُونَ عَلَيَّ فَقَالَ لَئِنْ كُنْتَ كَمَا قُلْتَ فَكَأَنَّمَا تُسِفُّهُمْ الْمَلَّ وَلَا يَزَالُ مَعَكَ مِنْ اللَّهِ ظَهِيرٌ عَلَيْهِمْ مَا دُمْتَ عَلَى ذَلِكَ

Maksudnya : Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Al Mutsanna dan Muhammad bin Basysyar dan lafazh ini milik Ibnu Al Mutsanna dia berkata; Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ja'far; Telah menceritakan kepada kami Syu'bah dia berkata; Aku mendengar Al A'laa bin 'Abdur Rahman bercerita dari Bapaknya dari Abu Hurairah bahwasanya seorang laki-laki pernah berkata; "Ya Rasulullah, saya mempunyai kerabat. Saya selalu berupaya untuk menyambung silaturahim kepada mereka, tetapi mereka memutuskannya. Saya selalu berupaya untuk berbuat baik kepada mereka, tetapi mereka menyakiti saya. Saya selalu berupaya untuk lemah lembut terhadap mereka, tetapi mereka tak acuh kepada saya." Lalu Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: 'Jika benar seperti apa yang kamu katakan, maka kamu seperti memberi makan mereka debu yang panas, dan selama kamu berbuat demikian maka pertolongan Allah akan selalu bersamamu.' (Sohih Muslim – hadis 4640).

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL