PROGRAM HPS 2010 MELABUH TIRAI




KAHERAH, 26 September- Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir BKPPPM telah mengadakan program Hari Pengetahuan Dan Silaturrahim HPS kepada pelajar baru. Program yang diadakan selama 3 hari bermula 23 September 2010 berlangsung dengan jayanya bermula dengan perasmian oleh Badan Pengurus Angkat PMRAM Ustaz Mohamad Al-Hidayat Bin Kholid


Program yang dianjurkan setiap tahun ini bertujuan memberikan pengenalan awal kepada mahasiswa/wi baru mengenai Mesir. Program ini juga bertujuan memperkenalkan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pionang Mesir BKPPPM kepada mahasiswa baru selain memupuk semangat kerjasama dan ukhuwah antara mahasiswa baru dan lama.

Di antara pengisian yang terdapat dalam program ini ialah senat fakulti, penerangan UBM, UBS dan hisbah, talk show pengalaman di Mesir, pelancaran muzakarah berkelompok, penerangan pesat, munajat sufi, GKB, explorace sekitar Al Azhar dan Husin dan persembahan peserta di malam penutup.

Program yang berakhir pada 25 september 2010 berakhir dengan majlis penutup yang disampaikan yang dipertua BKPPPM sesi 2010/11 Muhamad Hilmi Bin Md Yusof.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963