LAWATAN AJKT BKPPPM 2010/11 KE PEJABAT PMRAM


KAHERAH, 8 September - Kehadiran AJKT PMRAM Cawangan Pulau Pinang ke pejabat PMRAM Pusat membuktikan bahawa hubungan yang baik antara keduanya semakin kukuh.

Rombangan yang hadir pada jam 9.15 malam tersebut diketuai oleh Yang Dipertua BKPPPM Saudara Muhamad Hilmi bin Md. Yusof. Kehadiran yang mengambil tempoh hampir satu jam setengah tersebut membincangkan kerjasama yang sedia terjalin serta masalah yang berlaku di peringkat PMRAM Cawangan Pulau Pinang.

Beberapa orang wakil Badan Pengurus PMRAM yang diketuai oleh Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime menyambut baik kehadiran rombongan tersebut. Banyak nasihat dan pandangan yang dilontarkan kepada semua AJKT yang hadir pada malam tersebut.

Kata Presiden PMRAM "Setiap orang dalam AJKT perlu memainkan peranan di posisi masing-masing. Jangan buat kerja orang lain selagimana kerja kita masih belum selesai melainkan untuk membantu rakan seangkatan yang lain".

Ujarnya lagi "Sebagai seorang YDP atau ketua, perkara yang paling utama untuk dilaksanakan ialah keseimbangan pembawakan persatuan. Pastikan pembawakan BKPPPM adalah sama sebagaimana pembawakan PMRAM pada sesi ini iaitu menekankan pembentukan fikrah dan pemantapan shakhsiah. Muzakarah berkelompok dan fasilitator yang berkesan adalah elemen yang yang perlu diperkasakan bagi mencapai pembawakan tersebut". Presiden turut memuji BKPPPM atas komitmen dan sumbangan diberikan kepada PMRAM pusat terutama peranan ahli BKPPPM dalam menjadi ketua unit di bawah PMRAM. Antaranya, Pengarah Induk Kolokium ilmuan Q 2010, Ustz Hilmi Md Yusof, Pengarah PESAT ustz Mohamad Hafiz bin Abdul Aziz, Pengarah MANHAL Ustz mohamad hanif Bin Haron, Mantan Pengarah PMC Ustaz Faqrurrozi bin Abdullah serta Naib pengerusi Hewi PMRAM 2010 Ustazah Hafizah Abdul Wahab.

AJKT yang hadir merupakan AJKT yang baru dilantik dalam mesyuarat agung tahunan BKPPPM pada 9 Ogos 2010 yang lalu. Perjumpaan tersebut berakhir kira-kira pukul 10.45 malam.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL