JAULAH MAQAM SEKITAR KAHERAH





KAHERAH, 28 September-Unit Sambutan Dan Rehlah Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir BKPPPM menganjurkan jaulah maqam ulamak dan auliya` sekitar Kaherah. Program ini berlangsung selama dua hari iaitu 27hb (ikhwah) dan 28hb (akhawat) September 2010.

Program yang dianjurkan ini bertujuan untuk mendekati sejarah ulamak dan auliya` yang berada di sekitar Kaherah. Program ini juga bertujuan untuk memberi semangat dan moral tambahan kepada mahasiswa/wi yang baru sampai yang dijangka akan menduduki Imtihan Qabul awal Oktober ini.

Jaulah yang bermula jam 8.30 pagi mendapat sambutan seramai 29 orang bagi ikhwah dan 14 orang akhawat. Banyak maqam-maqam yang sempat dilawati antaranya, maqam Imam Syafie, Imam Zakaria Al Ansori, Sayyidah Zainab,Sayyidah Nafisah, Imam Romli, Imam Ibnu Hajar Al`Asqolani, Imam Ibnu Hisyam, Imam Assyatibi, Imam Sultan Hanafi, Ibnu Ato`Ilah Assakandari dan banyak lagi.

Jaulah ini juga diserikan lagi dengan kehadiran musyrif bersama peserta jaulah. Musyrif bagi sebelah ihkwah adalah Ustaz Syazali Abdul Rasyid manakala musyrif bagi jaulah sebelah akhawat ialah Ustaz Hanif Bin Haron Dan Ustaz Syarifuddin Bin Fuat.

Jaulah yang berlangsung selama dua hari ini diharap dapat memberikan nilai tambah dan semangat juang kepada mahasiswa/wi yang berada di Ardil Kinanah supaya dapat menghadapi mehnah dan tribulasi yang mendatang.

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL