MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA ROMBONGAN MALAYSIA





18 September 2010 - Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir BKPPPM mengadakan majlis ramah mesra bersama rombongan pegawai dari Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Program yang berlansung jam 9.00 malam itu bermula dengan ucapan aluan daripada Yang DiPertua BKPPPM sesi 2010/11.
Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan daripada pengurus besar Pusat Urus Zakat PUZ Dr Azman Bin Abdul Samad. Beliau memberi peringatan dan nasihat kepada pelajar pengajian islam dan perubatan supaya menjaga syaksiah ketika berada di Mesir dan sentiasa bersyukur dengan bantuan zakat yang diberikan disamping gunakan bantuan tersebut untuk kegunaan pengajian.

Majlis diteruskan lagi dengan ucapan daripada pegawai pendidikan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang Ustaz Mohd Redzuan bin Abdul Wahab. Banyak kalam mutiara yang disampaikan kepada pelajar yang hadir disamping memberi motivasi kepada pelajar supaya thabat menuntut ilmu di bumi ardil kinanah. Cabaran dan mehnah yang bakal ditempuhi dianggap sebagai asam garam dalam perjuangan dalam pengajian.

Selepas ucapan daripada pegawai pendidikan, dibuka sesi soal jawab dua hala antara pelajar dan rombongan. program yang berlangsung selama hampir dua jam berakhir jam 11.00 malam dengan majlis penyampaian cenderahati dari pihak BKPPPM kepada wakil rombongan dan sumbangan Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang kepada pihak BKPPPM .

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL