Kursus Kefahaman Sistem Pengurusan Hal Ehwal Islam Di Malaysia



Kursus Kefahaman Sistem Pengurusan Hal Ehwal Islam Di Malaysia

Kaherah,17 Julai 2010: Baru-baru ini pihak Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir (BKPPPM) sesi 2009/2010 telah menganjurkan Kursus Kefahaman Sistem Pengurusan Hal Ehwal Islam Di Malaysia. Kursus tersebut telah diadakan selama 3 hari bertempat di Dewan Soleh Al-Masri, BKPPPM iaitu pada 15 hingga 17 Julai 2010 pada hari Rabu hingga Jumaat. Ramai peserta tu menyertai kursus yang julung kalinya dianjurkan oleh BKPPPM. Kursus tersebut menampilkan ramai ahli panel yang berpengalaman dalam bidang pengurusan hal ehwal Islam dan kebanyakan mereka sedang bertugas di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam pelbagai bidang. Diantara kertas kerja yang dibentangkan mengenai Pengurusan Fatwa di Malaysia, Enakmen Undang-undang Keluarga Islam, Kefahaman Fatwa di Malaysia, Pengurusan Dakwah di Malaysia & Kerjaya Graduan Islam. Diantara ahli panel yang membentangkan kertas kerja tersebut ialah Tuan Haji Abdul Karim Bin Zakaria, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Fatwa JAKIM,Tuan Haji Ahmad Zaki Bin Hj. Arshad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAIS,Ustaz Osman Bin Abu Bakar, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Keluarga Islam JAIPP, Ustaz Zarifi Bin Daud, Bahagian Penyelidikan JAKIM, & Ustaz Hafiz Bin Abu Seman, Bahagian Latihan JAKIM. Kesemua ahli panel tersebut sedang mengikuti Kursus Pengurusan Dakwah & Pengendalian Fatwa di Dar Ifta’, Mesir. Kursus ini begitu bermakna sekali kepada kita selaku Azhari/ah yang selalu ditohmah kerana kurang cekap dalam bidang pengurusan.Jadi, kita perlu bangkit untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa mahasiswa/wi Islam mampu menonjolkan diri dalam bidang pengurusan.Justeru itu,pihak BKPPPM berharap kepada semua peserta kursus dapat mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari dalam kehidupan kita seharian InsyaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963