Posts

MINDA PIMPINAN | MERDEKA DALAM TAKWA

Image
  MERDEKA DALAM TAKWA   Tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat buat seluruh rakyat Malaysia. Tarikh dimana Malaysia bebas merdeka dari penjajahan kuasa luar. Kini genaplah 64 tahun Malaysia merdeka. Persoalannya disini, adakah merdeka ini hanya tertumpu kepada kebebasan sesuatu negara sahaja dan adakah realiti kehidupan masyarakat Malaysia sekarang ini di dalam sebuah kebebasan atau kemerdekaan yang hakiki?   Mengimbau kembali sejarah, setelah negara mendapat kemerdekaan pada tahun 1957, maka wujudlah sebuah negara yang mempunyai undang-undang tersendiri seterusnya memberi kuasa kepada orang Islam membentuk negara berdaulat mengikut acuan agama.Pada zaman penjajahan British, banyak kekangan dalam pelaksanaan tanggungjawab sebagai Muslim tetapi selepas kemerdekaan, negara kita sudah tidak lagi ditekan justeru membolehkan masyarakat melaksanakan tuntutan agama dengan bebas.   Umat Islam di negara ini wajib bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang tidak...

MINDA PIMPINAN | HALAWATUL SABR

Image
  HALAWATUL SABR   Selama manusia hidup, ia akan terus menghadapi masalah di sekelilingnya. Bagi umat muslim, masalah yang datang boleh bermaksud ujian dari Allah SWT. Jika ia mampu melewati masalah tersebut, maka ia akan mendapat kedudukan yang tinggi di sisi-Nya. Namun ada kalanya, kita merasa beban yang dirasakan terasa berat. Sedangkan semua kerisauan tak kunjung usai. Meski begitu, Islam adalah agama yang indah dan dibangun atas dasar kelembutan, kasih sayang, serta kemudahan di dalamnya.  Oleh kerananya, dengan keyakinan iman di dalam hati, ingatlah selalu bahwa Allah SWT menguji hamba-Nya sesuai dengan kemampuannya. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 286 mengatakan: لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا ۚ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ ۗ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا ۚ رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ ل...

LAPORAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA BKPPPM 2021

Image
LAPORAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA BKPPPM 2021 (SAHARA'21) RUMAH PULAU PINANG, HAYYU SABIEK- 18 JULAI hingga 24 JULAI 2021 : Program Sambutan hari raya Aidiladha tahun ini diberi nama SAHARA’21 dengan mengekalkan nama tersebut dari tahun sebelumnya. Namun tidak pada temanya, SAHARA ’21 membawa pembawaan yang lebih menarik dengan bertemakan “Mencari Hikmah Disebalik Ibrah”. SAHARA ’21 telah berlangsung selama 5 hari bermula 18 Julai sehingga 24 Julai 2021. Objektif program ini adalah untuk meribat ikatan ukhuwah di antara ahli BKPPPM, memperingati semangat perjuangan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail Alaihissalam, dan memupuk semangat kerjasama dalam bermasyarakat di kalangan ahli. SAHARA ’21 membuka tirainya pada tanggal 18 Julai iaitu yang dimulakan dengan gotong-royong persiapan di kalangan ahli BKPPPM. Pada keesokan harinya diteruskan dengan gotong-royong persiapan dan  pada sebelah malam telah diadakan malam perutusan Hari Raya Aidiladha yang disampaikan oleh Yang Dipe...

MINDA PIMPINAN | PENGORBANAN YANG DIGANJARI

Image
PENGORBANAN YANG DIGANJARI      Pengorbanan adalah merelakan sesuatu yang berharga sama ada harta, tenaga bahkan nyawa untuk diberikan kepada sesuatu yang kita cintai. Bagi orang yang mengaku beriman kepada Allah SWT seharusnya perlu menyelami hakikat sebenar erti pengorbanan. Sikap ingin berkorban itu tidak sepatutnya hanya wujud ketika tiba musim perayaan, sebaliknya perlu berterusan sepanjang masa. Islam menyarankan umatnya melakukan korban bukan sekadar penyembelihan haiwan ketika sambutan Aidiladha tetapi pengorbanan membantu sesama ahli keluarga, rakan-rakan, jiran dari apa jua sudut sekalipun seperti tenaga, harta dan sebagainya. Firman Allah SWT :   قُلۡ إِنَّ رَبِّی یَبۡسُطُ ٱلرِّزۡقَ لِمَن یَشَاۤءُ مِنۡ عِبَادِهِۦ وَیَقۡدِرُ لَهُۥۚ وَمَاۤ أَنفَقۡتُم مِّن شَیۡءࣲ فَهُوَ یُخۡلِفُهُۥۖ  وَهُوَ خَیۡرُ ٱلرَّ ٰ⁠زِقِینَ  Maksudnya : "Katakanlah, sungguh Tuhanku melapangkan rezeki dan membatasinya bagi siapa yg dia kehendaki diantara hamba-hambanya. Da...

MINDA PIMPINAN | RAMADAN MENTARBIAH JIWA, SYAWAL MEMBENTUK TAKWA

Image
RAMADAN MENTARBIAH JIWA, SYAWAL MEMBENTUK TAKWA Ramadan bulan yang penuh dengan keberkatan dan keistimewaan. Nilai kebaikan dari setiap perbuatan yang bernilai ibadah menjadi lebih tinggi dari bulan-bulan lain dan segala amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan akan di balas dengan pahala yang berlipat kali ganda.  " Barang siapa yang pada bulan itu mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu kebaikan, nilainya seperti orang yang melakukan perbuatan yang diwajibkan pada bulan lainnya. Dan, barang siapa yang melakukan suatu kewajiban pada bulan itu, nilainya sama dengan 70 kali lipat dari kewajiban yang dilakukannya pada bulan lainnya. Keutamaan sedekah adalah sedekah pada bulan Ramadan." (HR. Bukhari-Muslim). ” Ibadat puasa, pahalanya secara khusus, karena Allah sendiri yang memberi ganjaran kepada hamba-hamba-Nya yang rela menahan lapar dan dahaga sepanjang hari kerana-Nya. Takwa  merupakan natijah daripada sebulan kita menelusuri tarbiah Ramadan. Dengan takwa y...

LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BKPPPM KALI KE-43

Image
LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN BKPPPM KALI KE-43   - MEI 04, 2021 KAHERAH, 31 MAC 2021 – Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir ( BKPPPM ) kali ke - 43 telah diadakan secara maya di laman rasmi Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir dengan jayanya bertemakan " Kepimpinan Rabbani, Kesatuan Dirahmati."  Majlis perasmian bermula pada jam 7.30 malam dengan ucapan pembukaan oleh pengerusi majlis, saudara Muhammad Irham Suhaimi Bin Ismail. Seterusnya diteruskan dengan ucapan Pengarah Program MAT BKPPPM'43, saudara Zul Arief Bin Zulkepli dan diikuti dengan ucapan Yang Dipertua BKPPPM saudara Muhammad Aqli Hakimi Bin Zulkipli. Seterusnya majlis disempurnakan dengan ucapan perasmian oleh saudara Muhamad Iman Bin Fadzil, Penasihat BKPPPM sesi 2019/2020. Dalam ucapan tersebut beliau menceritakan tentang sejarah penubuhan BKPPPM dan menekankan bahawa keberlangsungan BKPPPM selama 43 tahun ini memerlukan sokongan daripada a...

MINDA PIMPINAN | IBADAH PUASA MENURUT PERSPEKTIF SAINS DAN ISLAM

Image
   IBADAH PUASA MENURUT PERSPEKTIF SAINS DAN ISLAM Sedar tak sedar, Kita sekarang berada di penghujung fasa 3 Bulan Ramadan. Oleh itu, sama-samalah kita memperbanyakkan amal ibadah pada bulan yang Barakah ini.  1. Pensyariatan puasa  Amatlah sedih, jika kita tidak tahu asal usul pensyariatan puasa yang telah diamalkan dikalangan umat terdahulu dan sezaman dengan Nabi SAW. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat ke 183 : (یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ) Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa. Pada awalnya puasa difardhukan pada bulan Sya’ban tahun kedua Hijrah. Akan tetapi, kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan belum disyariatkan lagi ketika itu. Persamaan antara mereka dengan umat-umat terdahulu adalah dari segi pensyariatan puasa itu sahaja. Kemudian, umat Na...