Posts

LAPORAN JAULAH AKHAWAT USMB 2018/2019 KE SUNGAI NIL

Image
KAHERAH, 26 Disember - Gambar sekitar Jaulah Santai ke Sungai Nil yang disertai oleh seramai 21 orang Mahasiswi Baru Akhawat 2018/2019, 4 orang pengiring beserta 3 orang musyrif. Tujuan utama jaulah ini adalah untuk mengambil 'ibrah sejarah Sungai Nil. Sebagaimana Firman ALLAH S.W.T. dalam surah Ar-Rum, ayat 9 : "Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan Bagaimana kesudahan orang sebelum mereka (yang mendustakan rasul)? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka (sendiri), dan orang-orang itu telah meneroka bumi (tanah) serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-RasulNya. Dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri." Semoga perjalanan ini, mendapat  p...

Minda Pimpinan | Salah Faham Konsep Tawakal Sempena Imtihan

Image
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته     الحمد الله رب العالمين والصلاة والسلام وعلى أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين، قالوا سبحانك لا علم لنا إلا ما علمتنا إنك أنت العليم الحكيم، رب اشرح لي صدري ويسرلي أمري واحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي. أما بعد  Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan sekalian alam yang mengajar manusia dengan pena dan mengajar manusia erti perjuangan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga, dan para sahabat serta orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka hingga hari akhirat. Selawat kesyukuran dipersembahkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita masih lagi diberi kesempatan merasai nikmat iman dan Islam dan masih diberi peluang untuk bertaubat kepada-Nya. Allah S.W.T berfirman dalam surah Ali ‘Imran ayat 159 : فَاِذَا عَزَمۡتَ فَتَوَكَّلۡ عَلَى اللّٰهِ‌ؕ اِنَّ اللّٰهَ يُحِبُّ الۡمُتَوَكِّلِيۡنَ … Maksudnya : “Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah b...

UIGHUR, KAMI TAK BUTA!

Image
Pada 15 Oktober lalu, dilaporkan bahawa kerajaan membebaskan 11 etnik Uighur yang ditahan di negara ini kerana tidak melanggar sebarang undang-undang Malaysia. Mereka ditahan dan didakwa memasuki Malaysia secara haram April lalu, selepas berjaya melarikan dari penjara di Thailand pada November 2017.                             Sebelum ini, China didakwa mencabul hak asasi etnik Uighur di Xinjiang, tetapi Beijing menafikannya. Antara dakwaan penindasan ke atas   Uighur ialah golongan wanita dipaksa membuka hijab, remaja dilarang memasuki masjid, penjawat awam beragama Islam tidak dibenarkan berpuasa dan generasi muda dilarang mendapat pendidikan agama.                              Pada 13 Disember ini, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Ma...

Laporan Combo Campaign 2018/2019

Image
17 November 2018, Telah berlangsung dengan jayanya majlis Combo Campaign Ahli Jawatankuasa Tadbir dan HEWI Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir 2018/2019 serta pelancaran Mafatih Muzakarah Berkelompok di Dewan Soleh Al Masri. Majlis bermula jam 7.30 malam dengan bacaan surah Al-Fatihah dan kalam aluan pengerusi majlis oleh saudara Muhammad Abdullah Bin Abu Bakar. Majlis diteruskan dengan pembentangan kempen-kempen daripada Jabatan dan Lajnah BKPPPM. Pembentangan dimulakan dengan Ketua Lajnah Ekonomi oleh saudara Muhammad Irham Bin Izhar,  diikuti Ketua Lajnah Perumahan oleh saudara Mohd Syamil Uzair Bin Zainal, Ketua Lajnah Penerangan dan Penerbitan oleh saudara Zul Arief Bin Zulkepli, Ketua Lajnah Pendidikan oleh saudara Muhamad Nur Aiman Bin Mohd Zuki, Ketua Lajnah Dakwah oleh saudara Muhammad Syahir Bin Abd. Rahman dan diakhiri dengan Bendahari Agung saudara Mohamad Hamizan Bin Che Sab . Kemudian, majlis diteruskan dengan pelancaran Mafatih Muzakarah Berkelompok ol...

Apakah tidak jelas lagi, ICERD ini wajib dibantah?

Image
BANTAHAN ICERD Definisi ICERD adalah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum ( International Convention On The Elimination Of All Forms Of Racial Discrimination) yang merangkumi 3 bahagian dan 25 artikel. Konvensyen ini dibuka untuk ditandatangani dan disahkan mulai 21 Disember 1965 dan mula berkuatkuasa pada 4 Januari 1969, hingga hari ini Malaysia tidak mengesahkannya. Sebanyak 15 buah negara tidak mengesahkan Konvensyen tersebut termasuk Malaysia, Brunei dan Israel. Apakah yang diperuntukkan oleh ICERD? Antaranya takrifan "diskriminasi kaum" yang bermaksud "sebarang   perbezaan", pengecualian, sekatan, atau keutamaan berdasarkan bangsa, warna, dan keturunan. Secara ringkasnya, ia memberi kepada sesuatu kumpulan berdasarkan kaum adalah diskriminasi. Selain itu, konvensyen ini memperuntukkan juga diskriminasi antara warganegara dan bukan warganegara dibenarkan. Perkara 153 tidak akan terkecuali kerana ia bukan ...

Minda Murabbi | PEMERINTAHAN DAN KEPEMIMPINAN RASULULLAH S.A.W

Image
PEMERINTAHAN  DAN  KEPEMIMPINAN  RASULULLAH  S.A.W Sebenarnya pemerintahan dan kepemimpinan Rasulullah s.a.w. merupakan contoh pemerintahan dan kepemimpinanan yang terbaik yang pernah disaksikan di muka dunia ini. Antara ciri-ciri yang menonjol dalam pemerintahan dan kepimpinan Rasulullah s.a.w. dan Khulafa’ al-Rasyidin adalah keadilan, kesamarataan, kebebasan dan ketelusan. Rasulullah s.a.w. sebagai ketua negara Rasulullah s.a.w. merupakan ketua negara Islam yang pertama. Pemerintahan Rasulullah s.a.w. juga tertakluk kepada prinsip-prinsip asas yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t. dalam al-Qur’an iaitu mendaulatkan hukum Allah, menegakkan keadilan, kebebasan dan ketelusan, menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran, membina perpaduan dan menjamin keamanan dan keharmonian. Dalam pemerintahannya, Rasulullah s.a.w. berusaha untuk mendaulatkan semua hukum-hakam yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dalam semua aspek. Ini termasuk hukum yang berkait...