Laporan Combo Campaign 2018/2019




17 November 2018, Telah berlangsung dengan jayanya majlis Combo Campaign Ahli Jawatankuasa Tadbir dan HEWI Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir 2018/2019 serta pelancaran Mafatih Muzakarah Berkelompok di Dewan Soleh Al Masri. Majlis bermula jam 7.30 malam dengan bacaan surah Al-Fatihah dan kalam aluan pengerusi majlis oleh saudara Muhammad Abdullah Bin Abu Bakar. Majlis diteruskan dengan pembentangan kempen-kempen daripada Jabatan dan Lajnah BKPPPM. Pembentangan dimulakan dengan Ketua Lajnah Ekonomi oleh saudara Muhammad Irham Bin Izhar,  diikuti Ketua Lajnah Perumahan oleh saudara Mohd Syamil Uzair Bin Zainal, Ketua Lajnah Penerangan dan Penerbitan oleh saudara Zul Arief Bin Zulkepli, Ketua Lajnah Pendidikan oleh saudara Muhamad Nur Aiman Bin Mohd Zuki, Ketua Lajnah Dakwah oleh saudara Muhammad Syahir Bin Abd. Rahman dan diakhiri dengan Bendahari Agung saudara Mohamad Hamizan Bin Che Sab .
Kemudian, majlis diteruskan dengan pelancaran Mafatih Muzakarah Berkelompok oleh saudara Muhammad Aqli Hakimi Bin Zulkipli dan disusuli dengan ucaptama oleh Yang Dipertua Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir sesi 2018/2019 saudara Muhamad Hafizuddin Bin Mat Nasir . Sejurus daripada itu, majlis ditutup oleh pengerusi majlis dengan bacaan kafaratul majlis dan surah Al-Asr pada jam 10.00 malam. Majlis berakhir dengan bergambar secara-beramai-ramai dan jamuan makan.
Objektif majlis ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada Ahli Jawatakuasa Tadbir & HEWI untuk membentangkan kepada ahli tentang pembawaan jabatan dan lajnah masing-masing disamping menjayakan misi dan visi Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir bagi sesi kali ini.
Akhirnya, marilah bersama-sama kita membantu, menyokong dan mendokong usaha setiap jabatan dan lajnah dalam menjalankan tanggungjawab mengemudi bahtera BKPPPM kearah kesatuan yamg bertunjang prinsip Islam dan harmoni disamping melahirkan mahasiswa yang berintelektual dalam segala aspek.

“MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN”
“RIBAT UKHUWAH TEGUH WEHDAH”
“BERSATU DAN BERBAKTI”
“BIAH BERKUALITI”
“FIKRAH DAN THAQAFAH ISLAMIAH” 

Disediakan oleh,
MUHAMAD SYAMIM BIN DAUD

(Pengarah Combo Campaign Badan Kebajikan Pelajar Pulau Pinang Mesir 2018/2019)

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963