Posts

Temuduga Kerja : Apa Kunci Kejayaannya ?

Image
Menurut statistik undian yang dikumpulkan di web ini. Kelihatan jelas bahawa pelawat web zaharuddin.net kebanyakannya adalah golongan muda berumur 22- 30 tahun , lelaki dan wanita.   Pada hemat saya, adalah amat baik jika saya memberikan sedikit manfaat berkenaan kemahiran temuduga buat pengunjung terutamanya bagi mereka yang masih dan sedang bergelumang dengan dunia mencari pekerjaan dan temuduga.   Berdasarkan puluhan sesi mengendalikan temuduga semasa bertugas di industri korporat dan juga beberapa pengalaman rakan-rakan yang lain. Alhamdulillah, saya terlibat sebagai panel untuk menemuduga calon-calon yang punyai keputusan cemerlang seperti CGPA 3.5 ke atas, 'Mumtaz', 'First Class', 'Distinction' dan sebahagiannya mempunyai Ijazah Sarjana.   Malangnya, banyak kali saya dan rakan-rakan di sektor swasta dapati individu yang mempunyai kelayakan akademik cemerlang di Universiti tetapi ianya tidak banyak membantu calon semas...

PERDANA MENTERI MESIR MENGUMUMKAN PUSAT JAGAAN UNTUK MANGSA REVOLUSI

Image
Perdana Menteri Mesir, Kamal Ganzouri, mengumumkan penubuhan pusat jagaan yang baru bagi penjagaan orang-orang yang cedera dalam revolusi. Pusat ini di bawah penyeliaan Ganzouri dan tiga orang ahli lembaga pengarah yang dilantik dalam kalangan mereka yang cedera. Tempat rawatan akan diwujudkan di 52 buah hospital. Kaherah dan Alexandria merupakan kawasan tumpuan kerana mempunyai jumlah mangsa yang terbanyak. Kerajaan akan memberikan pencen bulanan sebanyak LE 1725 (RM 906.60) kepada setiap keluarga mangsa syahid. Kamal Ganzouri turut menambah sesetengah keluarga telah dihadiahkan dengan beberapa buah apartmen. Seramai 20,103 tahanan politik telah dibebaskan sejak bulan Februari lalu manakala 68 tahanan masih di dalam penjara. DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA OPS KESELAMATAN PMRAM 2011 Sumber : We Care for Islam

Optimis Mengejar Cita Dengan Study Group

Image
الوقت كالسيف , فإن لم تقطع قطعك   “Waktu itu seperti pedang , maka sekiranya ia tidak dipotong , nescaya ia ( waktu ) akan memotongmu” .    Inilah ungkapan yang selalu kita dengar dan pelajari apabila dikaitkan mengenai masa .    Apa yang pastinya , bahang peperiksaan juga kian dirasai lebih kurang sebulan sahaja lagi kita akan menghadapi peperiksaan .   Berbagai-bagai program telah diadakan oleh PMRAM Pusat dan juga PMRAM Cawangan di peringkat BKAN serta DPM masing-masing dalam memastikan bahawa mahasiswa di perlembahan Nil ini terus menempa kejayaan yang cemerlang .    Antara program yang telah dijalankan oleh PMRAM di bawah Badan Pendidikan Dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2011 ialah kelas tutorial bagi mahasiswa tahun 1 dan 2 sebagai kemudahan awal dalam memahami pelajaran dengan lebih mendalam .    ...

PMRAM Membawa Suara Mahasiswa Malaysia Kepada TYT DATO’ DUTA

Image
MOHANDISSEN , 13 Dis -   Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir ( PMRAM )  yang diketuai    Saudara  Muhammad  Zuhaili  bin  Saiman   selaku   Presiden   PMRAM , bersama 4 orang Yang Dipertua BKAN dan 4 orang pengerusi DPM telah mengadakan kunjung hormat ke pejabat Kedutaan Besar Malaysia ke Kaherah iaitu TYT Dato’ Dr. Fakhruddin bin Abdul Mokti semalam .   Badan Pengurus PMRAM   yang turut serta   dalam perjumpaan tersebut ialah   Saudara Abdul Aziz Ali, Timbalan Presiden dan Saudara Mohd Solehuddin Mohd Safien , Naib Presiden II.   Manakala wakil YDP BKAN yang terlibat ialah Johor , Perak , Melaka dan Selangor Sementara DPM pula dihadiri oleh pengerusi DPM Zaqaziq , Mansurah , Damanhur dan Tanta .   Kunjungan tersebut merupakan kunjungan kali pertama PMRAM bersama YDP dan pegerusi sejak pertukaran tamp...

Thaqafah Berkualiti Membentuk Keluarga Mithali

Image
KAHERAH, 10 Dis - Penekanan thaqafah merupakan tunjang utama dalam membina sebuah generasi yang dicorakkan di atas landasan Islam berpaksikan Al-Quran dan Sunnah. Oleh kerana yang demikian penekanan yang disasarkan dalam penganjuran Madrasah Saidatina Aisyah ( MSA ) dibawah Unit Pengetahuan dan Penyelidikan HEWI PMRAM 2011 selama ini dengan melaksanakan beberapa agenda dan aktivitinya tidak lain dan tidak bukan bagi merealisasikan objektif dan matlamat tersebut. Antara pengisian yang mendapt sambutan baik dikalangan mahasiswi baru-baru ini samada pengajian Islam mahupun perubatan adalah diskusi kitab “ Tarbiatul Aulad Fil Islam “ karangan Dr Abdullah Nasih Ulwan. Kitab ini menjadi pilihan MSA pada kali ini dengan bertujuan untuk memahami konsep bait muslim yang sering dibicarakan dan objektif perlaksanaannya mengikut pandangan syara'. Dengan menampilkan tenaga pengisi khusus daripada Unit Bait Muslim sendiri Saudari Hanisah bt Hj Muslim dan Saud...

Suntikan Semangat Dalam Merealisasikan Kejayaan

Image
KAHERAH , 11 Dis – Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir   ( PMRAM ) yang merupakan   persatuan induk yang menaungi mahasiswa dan mahasiswi di perlembahan Nil ini sentiasa optimis dalam memastikan kecemerlangan akademik bagi melahirkan generasi yang benar-benar utuh dan berwibawa . Penganjuran program ceramah motivasi kecemerlangan Misi Menuju Mumtaz yang berlangsung di Rumah Kedah Hayyu Sabie ' pada 7 Disember yang lalu telah menampilkan penceramah jemputan Dr Jamnul Azhar bin Haji Mulkan . Beliau juga merupakan mantan Timbalan Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir 1992 Dengan pembawakan tema “Langkah Diteruskan , Doa Dipanjatkan” Misi Menuju Mumtaz kali ini bermula dengan solat Maghrib berjemaah dan solat hajat , kemudian ianya diselitkan dengan majlis perasmian kempen membaca yang dirasmikan oleh Presiden PMRAM 2011 Saudara Muhamad Zuhaili bin Saiman...

Siri Pengurusan 2 : Pengendalian Mesyuarat Yang Berkesan

Image
Kegagalan dalam mengendalikan mesyuarat dengan berkesan akan memberikan impak negatif yang sangat besar . Kegagalan tersebut sekaligus mencerminkan bahawa pengurusan Islam lemah .   Hal ini demikian , organisasi tidak akan lari daripada sistem bermesyuarat lebih-lebih lagi apabila disebut sebagai organisasi Islam yang meletakkan bahawa sistem mesyuarat merupakan kaedah dalam mendapatkan keputusan yang paling baik .   Justeru , seorang muslim apatah lagi penggerak organisasi Islam mestilah mereka yang mampu membawa sistem mesyuarat atau perbincangan dalam setiap perkara .   Oleh kerana   itu  , setiap individu adalah ketua dan ia bertanggungjawab ke atas apa yang dipimpin olehnya , bermula dengan kelompok yang kecil iaitu keluarga sehingga sebesar-besar kelompok iaitu pentadbiran negara .    Seni dalam membawa sistem bermesyuarat adalah ...