ARTIKEL UNIT BIAH SOLEHAH | MENGKAJI DAN MENDALAMI SEJARAH ISLAM 


Tajuk : Sejarah Menurut Perspektif Islam 


Dalam mentakrifkan makna sejarah menurut perspektif Islam ini, kebanyakan tokoh sarjana Islam cuba membuat pembaharuan dari segi teori, metode dan kaedah pensejarahan Islam daripada bentuk catatan kronologi kepada pensejarahan berdasarkan zaman-zaman tertentu atau tema-tema tertentu. Dalam hal ini, didapati bahawa tokoh-tokoh zaman awal yang banyak memberikan sumbangan dalam menghasilkan teori sejarah mengikut pandangan mereka sendiri. Di sini, penumpuan hanya diberikan kepada tokoh-tokoh tertentu sahaja dalam menghuraikan pandangan Islam terhadap konsep sebenar sejarah.


Secara umumnya, pemahaman sejarah dalam Islam adalah bersifat moralistik kerana ketetapan dan suruhan Ilahi dengan penegasanNya mengenai baik dan buruk, adalah ajaran-ajaran untuk penghayatan. Kejayaan dan kegagalan mematuhinya mempunyai implikasinya, iaitu sebahagian daripadanya berbentuk manifestasi yang nyata dalam sejarah. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam al-Quran dan hadis adalah panduan untuk manusia menjalankan kehidupan di dunia, selaku hamba dan khalifah Allah. 


Maka dalam membincangkan hal ini, Ibn Khaldun (1332 – 1406 M) mengikut keutamaan dalam penulisan sejarah beliau telah menjadikan ‘ibrah sebagai kata kunci utama dalam penulisannya yang dinamakan sendiri sebagai kitab al-‘Ibar. Dalam membincangkan sesuatu peristiwa sejarah, Ibn Khaldun tidak melihat kepada aspek zahir atau penceritaan kisah-kisah dan peristiwa itu semata-mata, tetapi turut melihat kepada aspek dalamannya yang mana sejarah itu mempunyai makna yang tersirat berupa tafsiran ilmiah yang tinggi nilainya.

 Begitu juga dengan peringatan yang terkandung dalam al-Quran sememangnya adalah amat jelas, antaranya


نَحۡنُ نَقُصُّ عَلَيۡكَ اَحۡسَنَ الۡقَصَصِ بِمَاۤ اَوۡحَيۡنَاۤ اِلَيۡكَ هٰذَا الۡقُرۡاٰنَ ​ۖ وَاِنۡ كُنۡتَ مِنۡ قَبۡلِهٖ لَمِنَ الۡغٰفِلِيۡنَ

Maksudnya : “Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) seindah-indah kisah dengan jalan Kami wahyukan kepadamu al-Quran ini, padahal sebenarnya engkau sebelum datangnya wahyu itu, adalah dari orangorang yang tidak pernah menyedari akan halnya.” 

(Surah Yusof : ayat 3)ََََََََََ


Kalau dahulu kita lihat Islam begitu gah di mata dunia,namun hari ini Islam tidak lebih dari debudebu pasir yang dipijak di merata-rata tempat.Islam ditekan dan ditindas dari segenap penjuru oleh umat yang menolaknya samada dari golongan Islam itu sendiri ataupun golongan kuffar…kenapakah semua ini berlaku??


Inilah persoalan yang perlu kita fahami dan mencari kesilapan sebenar yang telah berlaku dalam umat Islam pada masa kini. Kita semua sedar corak dan pola hidup manusia sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran zaman,tetapi landasan Islam tetap relevan untuk digunakan sampai bilabila.Semuanya akan terjawab dan sinaran islam yang suram akan kembali memancarkan aura saktinya sekiranya kita kembali menyingkap dan menyelusuri serta mempraktikkan setiap detik-detik hidup tokoh terulung junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.  


Lantaran menyedari peri-pentingnya penyebaran risalah Islam yang wajib dicedok dari ajaran Rasulullah demi menjaga kemurniaan dan keaslian Islam supaya terus menyinar di persada dunia,maka para ulama’ terdahulu telah tampil sebagai perintis dengan goresan pena mereka dijadikan modal untuk menghasilkan khazanah dan mutiara yang berharga yang sarat dalam kutub mereka untuk kepentingan dan panduan umat Islam khususnya dalam merencana hidup mereka supaya terus subur dengan Islam sebagai ad-din. Dengan kesedaran inilah,kita sebagai mahasiswa Islam perlu mencontohi ulama’ silam dalam konsep berdakwah dengan sama-sama mengkaji sirah Rasululah dan pada masa yang sama mempraktikkan semua konsep kehidupan yang telah dilakukan oleh junjungan besar kita untuk meneruskan rantaian perjuangan Islam yang terpundak di atas bahu kita semua disamping doa sebagai senjata utama kita.


Semoga kita dapat mengambil manfaat serta mempraktikkan dalam kehidupan sebagai seorang individu muslim dan berusaha menjadi muslim yang terbaik. Semoga Allah SWT sentiasa memberi rahmat-nya kepada kita.







Disediakan oleh : Unit Biah Solehah BKPPPM Sesi 2019/2020.

"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"

#BKPPPM_KeluargaKita
#Bersama_Bersatu

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963