ARTIKEL UNIT BIAH SOLEHAH | MEMBUDAYAKAN ETIKA PERGAULAN SYARIE ( SIRI 2 )

 



ARTIKEL UNIT BIAH SOLEHAH 

MEMBUDAYAKAN ETIKA PERGAULAN SYARIE

 ( SIRI 2 ) 


Tajuk : Kesan Negatif Berikhtilat


Pergaulan di antara lelaki dan perempuan yang tidak terkawal akan mendatangkan banyak kesan buruk kepada masyarakat. Contoh yang jelas dapat dilihat dalam masyarakat barat yang rata-rata mengamalkan pergaulan bebas. Sungguhpun dari aspek kebendaan mereka agak terkehadapan, namun dari aspek kerohanian dan akhlak mereka jauh ketinggalan di belakang. 


Antara kesan buruk daripada pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan ialah: 


1) Keruntuhan akhlak Salah seorang Presiden Amerika Syarikat pernah mengeluarkan kenyataan akhbar pada tahun 1962 yang menyatakan bahawa para pemuda di negaranya telah rosak, tenggelam dalam kerosakan. Di antara tujuh orang pemuda yang ingin menyertai tentera, terdapat enam orang yang tidak layak disebabkan mereka leka dalam keseronokan seks. 

Sabda Rasulullah SAW

إنما بعثت لأتمم مكارم الأخلاق

“Sesungguhya Aku (Rasulullah) diutuskan untuk menyempurnakan akhlak” 


2) Tersebarnya anak luar nikah Menurut statistik yang telah dibuat di New York pada tahun 1983, lebih daripada satu pertiga bayi yang lahir pada tahun tersebut adalah anak luar nikah. Kebanyakannya dilahirkan oleh pemudi yang berumur sekitar sembilan belas tahun dan ke bawah. Bilangannya secara tepat ialah 112,353 orang bayi iaitu 37% daripada bilangan bayi yang lain di New York. 


3) Ramai pemuda pemudi yang tidak berkahwin Perkara ini berlaku kerana pergaulan yang bebas akan mewujudkan cara mudah untuk melempiaskan nafsu syahwat. Justeru, para pemuda akan memilih cara mudah ini daripada berkahwin. Statistik yang dilakukan di San Francisco menunjukkan bahawa majoriti penduduk di situ terdiri daripada golongan yang tidak berkahwin pada tahun 1982. Ini merupakan kali pertama perkara seumpama ini berlaku di bandar itu. 


4) Berlakunya banyak perceraian dan keruntuhan rumahtangga Sekiranya sebelum proses perkahwinan pun sudah ada pelbagai halangan dan cabaran akibat pergaulan bebas, maka selepas berkahwin pun ia tidak akan kekal lama. Institusi keluarga akan mudah hancur, walaupun hanya disebabkan oleh perkara kecil. Ini dapat dilihat pada pertambahan kes perceraian di Amerika Syarikat dan negara-negara barat lain dari tahun ke tahun.


5) Tersebarnya penyakit-penyakit yang membawa maut. Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas di antara lelaki dan wanita, tidak kiralah mental mahupun fizikal. Antara penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit ini boleh membawa maut dan ubatnya masih belum ditemui sehingga ke hari ini. 



Semoga kita dapat mengambil manfaat serta mempraktikkan dalam kehidupan sebagai seorang individu muslim dan berusaha menjadi muslim yang terbaik. Semoga Allah SWT sentiasa memberi rahmat-nya kepada kita.



Nantikan sambungan artikel seterusnya... 





Disediakan oleh : Unit Biah Solehah BKPPPM Sesi 2019/2020.

"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"

#BKPPPM_KeluargaKita
#Bersama_Bersatu


Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL