ARTIKEL BIAH SOLEHAH | PEMBENTUKAN FIKRAH DAN SAHSIAH

 



ARTIKEL UNIT BIAH SOLEHAH 

PEMBENTUKAN FIKRAH DAN SAHSIAH


Tajuk : Kefahaman Fikrah Dan Sahsiah



Imam Hassan Al-Banna telah menegaskan :

"Pembentukan suatu ummah, pendidikan suatu bangsa, pencapaian cita-cita dan pendukungan prinsip memerlukan kekuatan jiwa yang besar dari ummah atau bangsa yang ingin mencapai cita-citanya itu. Kekuatan jiwa yang terjelma dalam kemahuan yang kuat dan tak mengenal lemah, kesetiaan yang terpadu, tak mudah terpengaruh, dan tak kenal uzur; memiliki pengorbanan yang tinggi yang tak terhalang oleh perasaan tamak; mengenal serta mengimani dan memandang tinggi terhadap prinsip perjuangan sehingga seseorang dapat memelihara diri dari penyelewengan atau terpedaya oleh prinsip-prinsip lain".


Beliau menjelaskan bahawa pembinaan sahsiah dan fikrah ini adalah merupakan titik permulaan dalam dakwah seterusnya yang menjadi batu-bata dalam pembinaan masyarakat umat islam. Itulah matlamat kita selaku hamba yang mengucapkan dua kalimah syahadah. Oleh kerana itulah, Rasulullah SAW membina peribadi para sahabat melalui qiamullail misalnya, untuk mentarbiah rohani, emosi, akal dan harakahnya melalui siri-siri tarbiyah yang panjang dan penuh liku. Namun hasilnya sangat lumayan bilamana peribadi-peribadi yang lahir dari acuan Baginda Rasulullah SAW benar-benar memasukkan diri sahabat dalam celupan Allah SWT iaitu telah masuk hidup sahabat secara keseluruhannya ke dalam agama Islam.


Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah : Ayat 38

                                                  صِبۡغَةَ اللّٰهِ وَمَنۡ اَحۡسَنُ مِنَ اللّٰهِ صِبۡغَةً  وَّنَحۡنُ لَهٗ عٰبِدُوۡنَ‏

Maksudnya: “Celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam, dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada celupan Allah? (Kami tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami beribadat .”


Ayat di atas menerangkan bagi kita bahawa agama Islam adalah agama yang terbaik kerana ia berasal dari Pencipta Yang Agung, maka tiada keraguan padaNya. Kesyumulan Islam meliputi segalanya-galanya dan tiada terkecuali dan Firman Allah SWT :

وَنَزَّلۡنَا عَلَيۡكَ الۡـكِتٰبَ تِبۡيَانًا لِّـكُلِّ شَىۡءٍ 

 “Dan Kami turunkan Kitab Al-Quran kepada kamu dengan menerangkan setiap sesuatu”. 

(Surah An-Nahl : ayat 89) 


Maka fikrah kita perlu jelas bahawa segala amalan mestilah benar pada pelaksanaannya agar ia menatijahkan syaksiah yang baik dan sahih dari sebesar-besar perkara sehingga sekecil-kecil perkara. Biarlah hidup ini dipandu oleh agama agar segala perlakuan kita diredhai Allah SWT dan tidak mendatangkan kemurkaanNya.


Akhirnya , sama-sama kita menjayakan pembawakan yang baik ini dengan selalu mempelajari agama dan melihat sirah Rasulullah SAW agar fikrah terjaga dan syaksiah terpelihara. Jadi hidup hari ini lebih bermakna dari semalam dengan merealisasikan.


Semoga kita dapat mengambil manfaat serta mempraktikkan dalam kehidupan sebagai seorang individu muslim dan berusaha menjadi muslim yang terbaik. Semoga Allah SWT sentiasa memberi rahmat-nya kepada kita.




Nantikan sambungan artikel seterusnya... 





Disediakan oleh : Unit Biah Solehah BKPPPM Sesi 2019/2020.

"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"

#BKPPPM_KeluargaKita
#Bersama_Bersatu

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963