KEMBARA MENCARI KEBENARAN



KEMBARA MENCARI KEBENARAN


     Tidak ramai insan yang sanggup mengembara beribu-ribu kilometer hanya mahu mencari agama yang benar. Uniknya tokoh kita ini, Salman Al-Farisi sanggup mengembara bertahun-tahun dari Iran ke Turki, Syria dan ke Hijjaz, menempuh pelbagai dugaan sebelum menerima hidayah Islam. Berasal dari Asfahan, Parsi, beliau asalnya menganut agama Majusi dan belajar selama 16 tahun sehingga menjadi penjaga kuil. Kemudian beliau tertarik dengan agama Kristian dan sangat rapat dengan seorang pendeta. Setelah kematian pendeta itu, beliau mengikut beberapa pendeta di pelbagai tempat dan menempuh pelbagai halangan.

      Salman kemudian mendengar ada Nabi baru muncul di Madinah. Lalu beliau ke Madinah dan mendapati pada Nabi Muhammad saw ada tanda-tanda kenabian sepertimana yang diceritakan pendeta Kristian suatu masa dahulu. Tanda itu ialah Nabi idak makan hasil sedekah dan ada tanda kenabian di belakang badan Baginda. Maka Salman pon memeluk Islam.

 

Apakah sumbangan besar beliau? 

      Tentulah idea beliau supaya umat Islam menggali parit bagi menghalang kemarahan tentera Musyrik Mekah, dalam Perang Khandak. Taktik bertahan dalam Kota Madinah itu dipengaruhi factor pada masa itu, umat Islam sedang berpuasa dan tidak cukup bersediuntuk berperang secara terbuka.

       Maka kerja penggalian parit bermula pada 16 Ramadan tahun 5 Hijrah. Masa yang diambil kira-kira 20 hari. Dua buah parit digali di bahagian utara dan barat laut Madinah, berkelebaran 40 hasta. Setibanya angkata musyrikin, mereka terkejut dengan adanya binaan parit itu yang merupakan taktik yang baru. Mereka hanya dapat mengepung sedangkan penduduk Madinah cukup bekalan makanan. Perang berakhir dengan kejayaan tentera islam apabila khemah tentera Musyrikin dipukul rebut dan mereka lari balik ke Mekah.



Apakah ibrah disebalik kisah ini ?

        Kita digalakkan mencari kebenaran, menggali ilmu baru dan mencari jawapan kepada kemusykilan dalam proses ke arah menjadi Muslim sejati dan diredai. Jangan berpuas hati dengan apa yang kita ada. Contohi Saidina Salman Al-Farisi mengembara meneroka alam yang indah, demi mencari kebenaran.


Rujukan : 60 KISAH TELADAN UMMAH, Karangan Mustaffa Siraj

 

.............................................................................

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"

"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"

 

#BKPPPM_KeluargaKita

#Bersama_Bersatu

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL