MINDA PIMPINAN | COVID-19 & MOVEMENT CONTROL ORDER






بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهْ وَنَسْتَهْدِيْهِ وَنَعُوذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ. أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنِ اهْتَدَى بِهُدَاهُ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ. 

Segala puji bagi Allah, kita memuji-Nya dan meminta pertolongan, pengampunan, dan petunjuk-Nya. Kita berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kita dan keburukan amal kita. Barang siapa mendapat dari petunjuk Allah maka tidak akan ada yang menyesatkannya, dan barang siapa yang sesat maka tidak ada pemberi petunjuknya baginya. Aku bersaksi bahwa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahwa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya. Ya Allah, semoga doa dan keselamatan tercurah pada Muhammad dan keluarganya, dan sahabat dan siapa saja yang mendapat petunjuk hingga hari kiamat.


Menyedari penularan wabak COVID-19 yang telah dikategorikan sebagai pandemik, kita perlu mematuhi segala arahan pencegahan dari pihak berwajib serta meningkatkan langkah pencegahan dengan sebaiknya. 

Rasulullah SAW telah mengemukakan kaedah kuarantin ketika menangani wabak berjangkit.
Baginda bersabda :

وعن أسامة بن زيد عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: إذا سَمِعْتُمْ بالطَّاعُونِ بأَرْضٍ فلا تَدْخُلُوها، وإذا وقَعَ بأَرْضٍ وأَنْتُمْ بها فلا تَخْرُجُوا مِنْها. (متفق عليه)

“Dari Usamah bin Zaid R.A dari Nabi S.A.W: “Apabila kamu mendengar berlakunya wabak taun di suatu negeri, maka janganlah kamu memasukinya. Dan apabila berlaku dalam negeri kamu berada di dalamnya, maka jangan kamu keluar.” (Muttafaqun ‘Alaih)


Berdasarkan hadis di atas, perlulah kita fahami bahawa hadis ini mengikut Maqasid Syariah (tujuan dan hikmah hukum Allah) iaitu menolak segala perkara yang membahayakan kehidupan dengan wajib mencegahnya dan diharamkan memudaratkan diri sendiri dan orang lain dalam bermasyarakat. Termasuk mencegah daripada wabak penyakit berjangkit, seperti taun yang salah satu daripada contohnya.

1. Islam adalah petunjuk dari Allah SWT di sepanjang zaman yang tidak terikat dengan satu jenis dan nama sahaja. Maka, wabak COVID-19 adalah salah satu daripadanya. Jadi, wajib bagi kita untuk mengambil langkah pencegahan dan mendapatkan rawatan terhadap diri sendiri dan masyarakat seluruhnya.

2. Selain itu, berpandukan arahan yang telah dikeluarkan oleh pihak berautoriti iaitu Movement Control Order (MCO) atau juga dikenali dalam bahasa melayu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita seharusnya bersikap sabar serta bijak dalam menguruskan waktu yang diberikan untuk berada di tempat yang selamat dengan melakukan perkara yang berfaedah dan memperbanyakkan ibadah kepada Allah SWT . 

Khususnya kita sebagai mahasiswa dan mahasiswi Islam terdapat pelbagai cara untuk memenuhi waktu lapang, antaranya ialah mengulangkaji pelajaran, menghafaz Al-quran, mencari bahan bacaan ilmiah, memperbanyakkan ibadah sunat dan lain-lain. 


Sabda Nabi Muhammad :
عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ  صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  أَنَّهَا سَأَلَتْ رَسُولَ اللَّهِ  صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  عَنْ الطَّاعُونِ فَأَخْبَرَهَا نَبِيُّ اللَّهِ  صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  أَنَّهُ كَانَ عَذَابًا يَبْعَثُهُ اللَّهُ عَلَى مَنْ يَشَاءُ فَجَعَلَهُ اللَّهُ رَحْمَةً لِلْمُؤْمِنِينَ فَلَيْسَ مِنْ عَبْدٍ يَقَعُ الطَّاعُونُ فَيَمْكُثُ فِي بَلَدِهِ صَابِرًا يَعْلَمُ أَنَّهُ لَنْ يُصِيبَهُ إِلَّا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَهُ إِلَّا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ الشَّهِيدِ 
- رواه البخاري - 

Maksudnya: Saidatina ‘Aisyah bertanya Rasulullah  mengenai taun, lalu dikhabarkan kepadanya oleh Baginda : “Bahawa ia adalah suatu azab yang diutuskan Allah ke atas sesiapa yang dikehendaki-Nya. Lalu dijadikannya oleh Allah sebagai rahmat untuk orang mukminin.

Tidaklah seorang hamba itu ditimpa taun lalu dia duduk menetap di negerinya dengan sabar, dan dia tahu bahawa tidak akan ada yang menimpanya kecuali apa yang telah dituliskan oleh Allah kepadanya, melainkan baginya seumpama pahala mati syahid.” (Hadis Riwayat Imam Bukhari)

Oleh yang demikian, diharapkan seluruh mahasiswa dan mahasiswi dapat bersabar dan manfaatkan waktu lapang di kediaman masing-masing dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat serta menjauhi daripada melakukan perkara yang sia-sia.


3. Oleh itu, kita mestilah memberikan kerjasama yang baik kepada pihak berautoriti Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) dan pihak Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) masing-masing dengan mengikuti segala arahan dan garis panduan yang telah ditetapkan dari semasa ke semasa. Selain itu, kita juga mestilah mengambil cakna terhadap perkembangan terkini berkaitan COVID-19 berdasarkan maklumat-maklumat yang dikeluarkan mengikut saluran yang betul serta sentiasa memohon dan bermunajat kepada Allah SWT walau di mana jua kita berada agar Allah SWT segera menghapuskan wabak COVID-19. Di samping itu, gunakan ruang dan peluang ini untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga atau sahabat handai untuk sama-sama memperingati Allah SWT.

4. Akhir kalam, setiap perkara yang terjadi pasti mempunyai hikmahnya yang tersembunyi dan ujian yang Allah SWT datangkan kepada kita adalah untuk menilai sejauh manakah kebergantungan kita kepada-Nya. Oleh itu, marilah sama-sama memperbanyakkan doa semoga Allah SWT sentiasa memelihara kita semua di dunia dan juga di akhirat serta dijauhkan dari segala penyakit terutamanya wabak COVID-19 serta sentiasa menjadikan negara Malaysia yang tercinta dalam keadaan sejahtera, aman dan damai.



Wallahu'alam.



SITI NOR HUSNINA BINTI ANUAR 
( Timbalan Lajnah Penerangan dan Penerbitan
 BKPPPM Sesi 2019/2020 )

"Memurnikan Pemikiran, Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"

#BKPPPM_KeluargaKita
#Bersama_Bersatu
#Stayathome
#KitajagaKita

Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

FAKTOR PENGANGGURAN DI MALAYSIA

SEJARAH HARI MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963