Minda Pimpinan | Perkahwinan Sunnahku







السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ كَانَ بِعِبَادِهِ خَبِيْرًا بَصِيْرًا، تَبَارَكَ الَّذِيْ جَعَلَ فِي السَّمَاءِ بُرُوْجًا وَجَعَلَ فِيْهَا سِرَاجًا وَقَمَرًا مُنِيْرًا. أَشْهَدُ اَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وأََشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وُرَسُولُهُ الَّذِيْ بَعَثَهُ بِالْحَقِّ بَشِيْرًا وَنَذِيْرًا، وَدَاعِيَا إِلَى الْحَقِّ بِإِذْنِهِ وَسِرَاجًا مُنِيْرًا. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ تَسْلِيْمًا كَثِيْرًا. أَمَّا بَعْد

Segala puji bagi Allah, yang Maha Mengetahui dan Maha Melihat hamba-hambanya, Maha suci Allah, Dia-lah yang menciptakan bintang-bintang di langit, dan dijadikan padanya penerang dan bulan yang bercahaya. Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan Rasul-Nya, yang diutus dengan kebenaran, sebagai pembawa khabar gembira dan pemberi peringatan, mengajak pada kebenaran dengan izin-Nya, dan cahaya penerang bagi umatnya. Ya Allah, curahkan selawat dan salam bagi nya dan keluarganya, iaitu doa dan keselamatan yang berlimpah.

Allah Taala berfirman : 

وَمِنْ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًۭا لِّتَسْكُنُوٓا۟ إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةًۭ وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍۢ لِّقَوْمٍۢ يَتَفَكَّرُونَ

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” (Surah Ar-Ruum 30 :21).

Pernikahan merupakan suatu yang sangat dianjurkan oleh Islam kepada umatnya baik lelaki mahupun perempuan malah pernikahan itu merupakan suatu yang fitrah dan dapat memelihara keturunan dan maruah diri daripada melakukan maksiat kepada Allah .Bahkan perkahwinan itu merupakan sunnah dan wajar kita melaksakan kerana di dalam perkahwinan terdapat hikmah dan keindahannya kalau dilaksanakan.

Bahkan Nabi pernah melarang sahabat yang berniat untuk meninggalkan nikah agar boleh mempergunakan seluruh waktunya untuk beribadah kepada Allah, kerana hidup membujang tidak disyariatkan dalam agama. Oleh karena itu, manusia disyariatkan untuk menikah.

Rasulullah S.A.W. bersabda : Nikah itu sunnahku ,barangsiapa yang tidak suka dia bukan dalam kalanganku.


Tetapi untuk bernikah bukan suatu jalan yang perlu dipandangan entang bahkan kita perlu meneliti dan mengkaji dengan ilmu agar perkahwinan kelak mendapat sakinah, mawaddah dan rahmat disisi Allah Taala di dunia dan akhirat. Walau bagaimanapun perkahwinan itu sudah cukup melengkapkan separuh dari keimanan seseorang bertepatan dengan hadis sahabat, Anas bin Malik radhiyallaahu ‘anhu berkata: “Telah bersabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam:

مَنْ تَزَوَّجَ فَقَدِ اسْتَكْمَلَ نِصْفَ اْلإِيْمَانِ، فَلْيَتَّقِ اللهَ فِي النِّصْفِ الْبَاقِى.

“Barangsiapa menikah, maka ia telah melengkapi separuh imannya. Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dalam memelihara yang separuhnya lagi.’


Akhir kalam, bernikahlah sekiranya anda mampu untuk laksanakan kerana dengan perkahwinan dapat melahirkan lebih ramai umat manusia di dunia bahkan Nabi sangat suka sekiranya umatnya bertambah saban hari. Oleh demikian, sahutlah cabaran dengan ilmu, niatkan dalam diri untuk berkahwin kelak, semoga kita menjadi hamba Allah yang bertakwa dan teguh keimanan di dalam dunia yang sangat tenat.

Jadi suka untuk saya berpesan kepada ibubapa yang diluar "permudahkan urusan anakmu dan jangan susahkan adat kerana islam tidak memandang kemewahan majlis perkahwinan tetapi Islam melihat sejauh mana kefahaman sesebuah majlis perkahwinan" . Waallau'alam.



Muhammad Irham Bin Izhar
Ketua Lajnah Ekonomi BKPPPM Sesi 2018/2019

"Memurnikan Pemikiran Melestarikan Kesatuan"
"Ribat Ukhuwah Teguh Wehdah"
"Bersama Bersatu"
"Biah Berkualiti"
"Fikrah dan Thaqafah Islamiah"

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN MEMPELAJARI DAN MENGHAYATI SIRAH PERJUANGAN RASULILLAH SAW

Kebaikan Dan Keburukan Teknologi Moden

Minda Pimpinan | TAWAKAL VS TAWAKUL